Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label cemburu. Show all posts
Showing posts with label cemburu. Show all posts

Apr 14, 2012

Cemburu yang Awesome...

Assalamualaikum..

selalu kita dengar orang ni cemburu dengan yang ini, dengan yang itu.. dan macam-macam lagi kisahnya.. ohh, cemburu itu tak baik ye kalau tak kena pada tempat dan perkaranya.. cemburu ni bahaya sangat.. bila cemburu tu dah menguasai fikiran, hati dan perasaan.. Masyaallah...!! kadang-kadang perkara yang tak diduga pun boleh terjadi.. dan membawa la kepada kes syirik, khurafat semua tu..
besar sungguh effect cemburu ni.. namun, ada juga cemburu yang dibenarkan.. macam :

 cemburu dalam pelajaran
- misal kata yang si A ni dapat 100 dalam exam dia untuk semua paper dan si B ni dapat kurang daripada si A.. si B cemburu dengan kejayaan si A ni.. jadi si B ni berazam nak kalahkan si A dalam exam akan datang.. siap pasang kata-kata perangsang lagi kat diri sendiri " if he can, i also can.. chaiyokk..!! " (konon gitu la kata-kata semangat dia)...hehehe. jadi si B ni study betul-betul, stay up, pergi tuisyen bagai then as a result dia berjaya beat si A dalam exam tu..

- cemburu dengan pencapaian orang lain dan kita rasa nak juga benda tu.. tak salah kan ^_^ benda baik pulak tu.. keazaman dan semangat nak berjaya..

cemburu dalam membuat kebaikan
- ok... cemburu dalam kebaikan ni bukan bermaksud nak show off kan semua orang yang kita ni baik bangat..pemurah.. dermawan semua... no..!! no..!! no..!! bukan yang macam tu ye.. tapi cemburu yang bila diorang buat kebaikan, diorang dapat pahala.. kita rasa cemburu dengan kebaikan yang dilakukan tersebut.. and kita pun rasa nak buat jugak kebaikan to get His bless.. tapi jangan pulak bila kita buat kebaikan tu untuk tujuan nak show off macam amal bagitau tadi..

- berlumba-lumba nak dapat pahala dari Allah SWT.. itukan seronok daripada cemburu yang tak baik ^_^

cemburu dalam jihad
- cemburu dalam jihad ni especially dalam menegakkan agama Islam.. Allahuakbar..!! sangat lah bagus.. kita rasa cemburu dengan rakyat Palestin yang berjuang habis-habisan demi mempertahankan agama Islam dan bumi Palestin.. ohh, cemburunya melihat mereka... mereka berjuang demi maruah agama, bumi Islam, tanah air mereka... walaupun pengakhirannya kadang kala dengan kematian,  mereka tak pernah menyesal.. malah keluarga mereka bergembira dan redha dengan kematian ahli keluarga mereka dalam petempuran tersebut.. mereka mahu syahid.. dan mereka mencari syahid..

- teringat amal waktu ceramah Palestin dekat Masjid Shah Alam dulu ( tak silap tahun 2008 )... 2 orang ibu yang anak-anak mereka syahid dalam peperangan menegakkan islam memberitahu yang dia tidak bersedih dengan kematian anak-anaknya.. kalau tak silap ibu ni ada 4 orang anak lelaki dan semuanya syahid.. cekalnya dia, sabarnya dia.. mampukah kita jadi macam tu ??

see.... awesome kan cemburu begitu ?? dapat pahala lagi.. dan insyaallah Allah pun suka.. cemburu itu boleh jadi awesome dan cemburu pun boleh jadi worst..
jadi, pilihan di tangan kita.... nak cemburu yang mana satu ?? yang disukai Allah atau yang dimurkai Allah ??