Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Mar 31, 2012

A word from mama..

Assalamualaikum..

Mama's Said...

" we cannot satisfy everyone and sometimes we also cannot make ourselves satisfied. Yes, people make mistake.. so do you. But remember, don't let it chase and haunt you. wake up and learn from the past. ask forgiveness from Allah SWT.. Allah tu kan Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pengampun.. Trust Allah..have a faith on Him because He is everything to us..to you.. 

kita tak boleh nak stop orang lain daripada  menilai kita.. baik ke keadaan, buruk ke cara kita.. tapi Allah pun pernah berkata dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang Allah tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menghadapinya. mama know you can face it. not only mama, abah pray for you.. kawan-kawan kakak pun doakan kakak. Insyaallah, Allah akan bantu kakak go through this thing..

leave it to Allah.. you tried your best and yet it doesn't work.. and sekarang, kakak berdoa saja. and Never stop praying to Him.."




# kakak akan sentiasa ingat pesan mama. thank you mama because sentiasa ada bila kakak ada masalah even kakak selau tak nak bagitau mama masalah kakak.

p/s - to adik, thank you sebab bocorkan rahsia ni dekat mama (^_^)

Mar 30, 2012

Buat Peserta Global March to Jerusalem (GMJ)

Assalamualaikum...


a share from blog sis suhaila about GMJ...


Teruskan memuji Allah S.W.T dan teruskan berselawat ke atas Nabi yang kita cintai Mohammad S.A.W.

Jangan lupa untuk mendoakan para sahabat baginda, ulama, auliya’ dan para solihin. Guru-guru kita seperti Imam Hasan al-Banna dan ibu bapa kita serta kaum keluarga dan sahabat handai, tidak wajar dilupai dalam setiap doa harian kita.

Selepas Hijrah, baginda dan para sahabatnya sentiasa berusaha membangunkan Madinah agar menjadi Negara yang menjadi contoh kepada alam. Negara Khalifah itu sangat penting bagi membuktikan itulah antara kemuncak dakwah dan risalah yang dibawa baginda S.A.W.

Walaupun setiap peperangan Badar, Uhud atau Khandak merupakan ibadah besar ketika itu, namun baginda memahami memberhenti dan mengelakkan peperangan akan memberi ruang yang lebih besar untuk membina Madinah dan meyebarluaskan dakwah mulia itu.

Lalu baginda memimpin para sahabat menongkah arus peperangan, kepada persiapan melaksanakan ibadah umrah ke Mekah pusat musuh utama ketika itu. Ini menempah pelbagai risiko.

Kebijaksanaan membuat musuh mengelabah, samada menghadapi rombongan Umrah dengan membunuh mereka atau membenarkan masuk, satu hikmah yang perlu kita pelajari.

Seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mengutuk pemimpin Quraisy sekiranya mereka membunuh Nabi S.A.W dan para sahabat yang datang dalam keadaan berihram. 

Di satu keadaan lain pula, seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mentertawakan pemimpin Quraisy. Kerana, membenarkan mereka yang diperangi dan yang pernah dihalau dari halaman mereka itu kembali bebas masuk ke Mekah mengerjakan Umrah.

Kebijaksanaan ini pernah kami contohi dalam usaha Marvi Marmara membuka medan perjuangan di bumi Gaza. Memang kita tidak mampu mengawal kerajaan haram zionis itu. Tetapi Marvi Marmara telah membuka dan mencelikkan mata dunia untuk terus membantu Gaza.

Marvi Marmara telah membuka medan baru, untuk rakyat Malaysia. NGOnya dan pemerintahnya bersama-sama gigih membantu Gaza.

Kini giliran Masjidil Aqsa di Tebing Barat, Palestin. Kita seluruh rakyat melalui 4 Ngo besar Palestin: Aqsa Syarif, VPM, MAPIM dan ABIM beserta NGO-NGO lain mengirim 23 orang sukarelawan ke sana. 

Pesanana saya buat mereka:

• Bersihkan niat anda. Anda ke sana untuk mewakili kami memasuki Masjidil Aqsa dalam keadaan aman dan damai. Anda bayangkan perasaan sahabat yang menyertai rombongan umrah sebelum perjanjian Hudaibiyah itu. Pastinya ada risiko. Tetapi ia penuh dengan hikmah.

• Pemergian anda adalah mewakili perjuangan untuk mengembalikan hak orang Islam melakukan Ibadah di Masjidil Aqsa dalam keadaan bumi Palestin bebas merdeka. Perjuangan untuk Masjidil Aqsa sejak dahulu lagi mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia termasuk DYMM Yang Dipertuan Agong serta seluruh Sultan-Sultan Tanah Melayu. Perdana Menteri Malaysia dan ahli kabinetnya. Menteri Besar dan ketua-Ketua Menteri Kerajaan Negeri, kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

• Pelbanyakkan solat hajat, membaca al-Quran, puasa, zikir dan doa. Antara tasbih yang saya pinta kepada beberapa kalangan anda yang sempat saya temui ialah:


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

• Saya yain pihak penganjur dan tuan rumah di Jordan telah berusaha dengan pelbagai cara untuk membawa anda masuk ke sana dengan aman. Dengar dan patuhi segala arahan mereka dengan baik.

• Sekiranya anda dibenarkan masuk ke Masjidil Aqsa, bersujud syukurlah kepada Allah S.W.T. Pacakkan “bendera” perjuangan kita di sana, tanda yang jutaan ummat Islam akan berbondong-bondong ke sana dalam keadaan Masjid itu merdeka bebas dari cengkapan pemerintah haram zionis Israel itu.

• Kemungkinan kedua, anda akan dihalang. Samada pemerintah Jordan tidak benarkan anda keluar melalui sempadannya atau Komando Israel menghalang anda masuk selepas anda melepasi sempadan Jordan. Ketika itu anda akan sedih, berdukacita dan marah. Rakamkan perasaan anda itu untuk dihebohkan ke seluruh dunia, bahawa anda dinafikan hak anda dan hak seluruh penduduk dunia.


Kami hanya menantikan dari anda dua perkara sahaja:

Kepulangan anda dengan selamat; dan kami dapat menyambut anda dengan merasakan basah dari peluh dan titisan air mata seorang pejuang

ATAU

Menghidu keharuman darah syuhada’ yang mengalir keluar dari jasad anda


Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Pengasas dan Mantan Pengerusi Aqsa Syarif
Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia




Mar 27, 2012

Sabda Rasulullah SAW...

Assalamualaikum...

- dengki dan irihati biarlah pada tempatnya -

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Tidak boleh iri hati melinkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkan kepada orang lain".
( HR Bukhari )

- cemerlang di kalangan Syaitan -

dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah ( mengacau atau membawa bencana untuk ) umat manusia. Maka sesiapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya ( terhormat ) di kalangan mereka ".
( HR Muslim )


Berubah ke arah yang lebih baik : Hidayah dari Allah SWT

Assalamualaikum...

hidayah itu milik Allah SWT dan Allah akan turunkan hidayah pada sesiapa sahaja yang dikehendaki tak kisah la orang tu macam mana.. hakikat manusia itu berubah kerana hidayah daripada Allah dan keazaman yang mendalam di dalam dirinya...

mungkin ramai orang yang akan tanya... kenapa tiba-tiba berubah ?? buang tebiat ke apa ??? soalan-soalan macam tu biasa la akan diajukan.. ye la, ada orang tak suka orang lain berubah ke arah kebaikan.. kalau boleh dia nak orang tu duduk di takuk lama je.. ohh manusia~ kita tak boleh nak satisfy kan semua orang... apa yang kita boleh buat cuba yakinkan diri dan percaya semua yang terjadi ini ada hikmahnya. yakin pada Allah and you will never regret it...

orang yang berubah ke arah kebaikan especially dugaan dia memang banyak namun disebalik dugaan tersebut Allah beri dia kekuatan yang luar biasa.. akan menjadi lebih sabar ditambah pula dengan kawan-kawan yang menyokong dia.. memang awesome ^^ biar seburuk mana orang nak jatuhkan dia, seteruk mana dia di fitnah.. Allah lebih tahu tentang kebenaran tersebut...

bila seseorang itu berubah, mungkin cara dia bagi pendapat pun berubah.. tak sama macam sebelumnya.. cara percakapan dia berubah, pergaulan itu berubah dan banyak lagi yang Allah pelihara.. one word ALHAMDULILLAH.. kerana dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali...


Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala:


 Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri. 

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...” 

( HR Muslim )
 

Api lawannya Air

Assalamualaikum...

malam-malam layan lagu dari irfan makki feat maher zain - I believe lepas tengok tv cerita SVU-special victim unit dekat astro ( lupa pulak nama apa chanel tu tapi siaran 702... ) best cerita tu...!! dia tentang special unit ni deal with cases about orang yang kena rape, murder and how they catch the bad guy.. kadang lepas tengok SVU ni terus amal tukar AXN pula sebab CSI..hehehe. memang peminat setia cerita-cerita gini ^_^

opsss, berbalik pada tajuk ya. terfikir  pasal sifat marah-marah ni... marah ni umpama api bagi amal. and kita nak deal dengan 'api' ni tak boleh pakai belasah je.. silap hari bulan, 'api' ni makan diri balik...huhu. bila api dengan api maka makin maraklah api tersebut dan boleh menyebabkan rentung tahap maksimum dan susah untuk pihak CSI nak identify punca dia...hehe.. jadi nak elakkan api jadi makin marak, kita simbah la air kat api tu ( simbah ??? betul la kot ) dan insyaallah api tu akan padam..

sama la dengan konsep marah.. marah ni jika kita tak boleh control, boleh jadi sangat... ya Allah tak terbayang rasanya kot.. dan akibatnya sangat dasyat.. Nauzubillah minzaliik.. bila dah marah tu, agak kritikal nak cool down semula..huhu. bila dah marah tu, mula la cakap merapu meraban, dah tak fikir baik buruk dah sebab dah dipengaruhi dengan nafsu amarah.. syaitan pun bersorak happy.. bila dah reda barulah rasa menyesal sebab tak dapat nak tahan marah tadi...huhu

bila orang marah kita, kita jangan sama-sama marah juga even dalam hati rasa dia tu kecik besar kecik besar je.. cuba sebaik mungkin untuk sabar.. kan sabar itu separuh dari iman ^^ biarlah orang yang marah kita tu lepaskan marah dia tu.. lepas dah habis semua, cuba kita balas dengan cara yang baik..x payah marah-marah.. cakap macam biasa je.. Insyaallah orang yang marah kita tu akan lembut hati. balas dengan kebaikan.. insyaallah Allah akan bantu kita... macam kes api dengan air tadi la. jangan kita marakkan lagi marah dia... kita baik-baik je balas semula marah dia tu..

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW:
 "berwasiatlah kepadaku" dan Rasulullah SAW pun menjawab "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah". orang tersebut mengulangi pertanyaan beberapa kali. Rasulullah SAW menjawab "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."

( HR Al-Bukhari )

Rasulullah sendiri berpesan janganlah menjadi seorang yang pemarah. bukan bermaksud tak boleh marah.. boleh tapi biarlah marah itu marah yang dituntut dalam Islam seperti yang bertujuan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau marah sebab mahu membantu orang-orang yang dizalimi.. 

jadi sama-sama kita cuba mengelak untuk marah yang mengikut hawa nafsu supaya tiadanya kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kita tengah marah itu..

api lawannya air

marah lawannya sabar

gambar hiasan