Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Aug 23, 2012

Salam Eidul Mubarak ...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah masuk raya keempat..
some of us ada yang dah start puasa sunat syawal or most familiar with the name 'puasa 6'..
hari raya, hari makanan for me because we get to eat makanan yang jarang dijual atau di serve pada hari-hari biasa mahupun bulan-bulan biasa..
such as rendang, ketupat, nasi himpit, lontong, kuah lodeh and banyak lagi la..

hmm, makan-makan jugak tapi kesihatan still kena jaga...
jangan main sumbat je semua yang cantik di mata and selera di tekak masuk dalam perut tu...
sampai perut tu senak ye.. no..no..no..

Islam mengajar dan menggalakkan kita bersederhana..
sederhana bukan setakat membeli, memborong.. tapi dalam soal makanan pun sama..
jadi marilah kita makan secara bersederhana ye...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. ” 

Riwayat al-Ibn an-Najjar

opsss, rasanya belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Salam Eidul Mubarak kepada semua..
moga Syawal ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira..
Insyaallah..


Aug 17, 2012

Allah loves those...

Assalamualaikum...


Ya Allah, selamatkanlah mereka...

Assalamualaikum…

Terjaga daripada tidur yang tak sampai 10 minit pun kat  ruang tamu.. tv pulak tak tutup sebab adik tengok movie tadi.. kalih-kalih chanel then stop kat tv Al-Hijrah..
Terpampang di tv lagu tentang mereka di Rohingya (tak ingat tajuk..) air mata tiba-tiba menitis..
Ya Allah… sedihnya, sayunya dengar lagu tu. Diselitkan sekali dengan paparan berita tentang umat islam di Rohingya… 

Allahuakbar..

Kita di sini aman tanpa peperangan.. if ada pun lebih kepada peperangan dengan diri sendiri… Ramadhan kita disambut dengan tenang, dan insyaallah Aidilfitri pun tenang dan aman jugak..
Tapi umat Islam kat sana.. mereka ditindas. Bom sana..bom sini.. bakar sana..bakar sini..
Ramadhan mereka kat sana disambut dengan huru-hara.. berlari sana sini menyelamatkan diri.. mempertaruhkan nyawa setiap hari… memikirkan tentang keselamatan diri, keluarga, anak-anak.. 
berfikir masih adakah lagi hari esok untuk mereka..

Ya Allah…. 
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang diorang fikirkan…
Semoga mereka yang teraniaya dan ditindas ni dilindungi Allah SWT…
Di Syria juga...




#sumber gambar dari google.com

Aug 9, 2012

Renungan bersama...

Assalamualaikum...

Copied from facebook ...
( IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor )

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


# nikah itu bukan satu gurauan tapi adalah penyatuan kerana Allah SWT...


Aug 6, 2012

Andai ini Ramadhan terakhir buatku...

Assalamualaikum…

Sedar atau tidak Ramadhan semakin hari semakin berlalu… berisikah masa kita sepanjang Ramadhan yang sudah berlalu itu ??
Masihkah kita meneruskannya di ramadhan yang berbaki ini..?? Atau telah kita tinggalkan sedikit.. atau sebahagian.. atau keseluruhan ??
Masihkah ada ramadhan akan datang buat kita semua ?? Waallahualam…

Ramadhan adalah bulan keberkatan yang berlipat kali ganda kepada kita.. pintu syurga dibuka seluas-luasnya..  pintu neraka ditutup serapat-rapatnya…
syaitan dan iblis diikat dan dirantai selama ramadhan ini… dengan ketibaan malam lailatul qadar yang hanya valid pada bulan ramdhan yang mulia ini…
Bak kata orang putih, only available in Ramadhan…

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; 
“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”

(HR Bukhari & Muslim)

Ramadhan bukan setakat bulan penuh keberkatan dan penambah pahala, malah ramadhan juga bulan penghapus dosa..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
 “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”

(HR Bukhari & Muslim)

Masyaallah.. hebatnya bulan Ramadhan ini kan.. pahala berlipat kali ganda, dosa diampunkan dan banyak lagi ganjaran ramadhan ini..
tetapi, adakah kita lakukan sebaik mungkin untuk merebut semua perkara di atas..??
adakah setiap masa dan waktu kita gunakan untuk merebut peluang yang telah Allah berikan ini..??
ataupun kita biarkan ramadhan ini berlalu pergi begitu sahaja anda wait for another ramadhan ??

is there another ramadhan for us..?? 
kenapa perlu tunggu ramadhan yang akan datang sedangkan ketika ini, waktu ini, saat ini kita masih bernafas di bumi ciptaan Allah ini..??

mungkin ini ramadhan terakhir kita... 
ramadhan yang terakhir bersama keluarga...
ramadhan terakhir bersama teman-teman..
berterawih bersama-sama, tadarus bersama-sama..
berbuka bersama-sama.. tak lupa shopping raya sama-sama...

dan mungkin ramadhan terakhir kita untuk merebut peluang keemasan yang Allah berikan setelah sekian lama kita bernafas...
yang kita baru sedar seperti baru terjaga dari tidur...

" Masih sempatkah aku merasai nikmat dan berkah di bulan-Mu yang mulia  ini Ya Allah..?? masih mampukan aku mengejar apa yang telah Kau limpahkan kepada aku ini Ya Allah.. 
Ya Allah, hanya pada-Mu aku memohon.. Kau berilah aku peluang untuk merasai nikmat ramadhan-Mu ini Ya Allah.. terimalah segala amalan yang telah aku lakukan di bulan yang mulia ini Ya Allah..  Kau limpahkan juga rahmat-Mu pada mereka yang lain juga Ya Allah.. ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah.. sesungguhnya aku lakukan semua ini hanya untuk-Mu, hanya untuk redha-Mu Ya Allah.."

beribadah lah seperti ini hari terakhir kita hidup di dunia..
beramal la seperti kita akan mati pada esok hari...
carilah, gapailah nikmat dan kemuliaan ramadhan seolah-olah ini ramdhan terakhir kita...

tidak pernah rugi mereka yang berusaha mencari dan berusaha mendapatkan redha Allah..