Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Jul 29, 2012

Elakkan berkata " KALAU "....

Assalamualaikum...

Sedar atau tidak yang kita ni, manusia suka sangat sebut perkataan kalau.. sikit-sikit kalau..
Kalaulah aku tu… kalaulah aku ni.. sokmo kalau je.. seperti mana kita tak redha dengan ketentuan yang telah Allah beri pada kita..apa yang telah terjadi..huhu.
Kalau itu adalah perasaan was-was yang datangnya daripada syaitan.. yang sentiasa buat kita tak redha dan terima ketentuan dari-Nya…
Cuma kita manusia tidak sedar akan perkara itu…huhu..
Daripada kita asyik sebut dan ingat perkataan kalau tu, adalah lebih baik kita sabar dan redha dengan perkara yang telah berlalu dan jadikan diri kita lebih berusaha dari sebelumnya..
Insyaallah…

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

(HR Muslim)
 Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. 
Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. 
Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua. 


think positve ^_^

macam bunga yang subur mekar ni, kita positif kan pemikiran kita seperti bunga ini..

Jul 28, 2012

Yang mana satu pilihan kita ...???

Assalamualaikum...





Dari Abu Hurairah r.a katanya:

”Pada malam terjadinya israk dan mikraj di Baitul Maqdis, baginda dihidangkan dua gelas minuman, masing-masing berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, maka baginda mengambil gelas berisi susu. Berkata Jibrail:”Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu.”
 
(HR Muslim)

choices..pilihan.. semuanya di tangan kita.. 
kita yang mencorakkan keadaan tersebut.. samada baik, buruk, pahit, manis dan sebagainya..
benar, kita merancang namun segalanya telah ditulis dan direncanakan oleh Allah SWT...
but Allah memberi kita peluang untuk membuat pilihan...
dan bagaimanakah kita mencorakkan pemilihan kita tersebut..??

Daripada Aisyah r.a. katanya, 

"Rasulullah SAW tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah SAW juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”
 
(HR al-Bukhari dan Muslim)

seperti maksud hadis di atas...
Rasulullah mengelakkan dan menjauhi sesuatu perkara yang mendatangkan... tidak pernah menuntut bela untuk kepentingan diri baginda... kecuali untuk menjaga agama suci Allah...

menjauhi perkara yang tidak baik itu memang susah.. adakalanya kita sudah terjerumus sedikit but when we realize its not a good thing, pintu taubat itu sentiasa terbuka.. 
and its also related with hidayah Allah...
Allah memberi hidayah pada sesiapa yang dikehendaki..
di mana, bila, siapa dan bagaimanakah dia.. semuanya kehendak Allah SWT...
siapalah kita hendak menilai mereka.. yang mahu menghakimi mereka...
kadangkala pilihan manusia ini dan cara mereka menghukum manusia lain seperti mereka telah menganggap diri mereka tuhan pula...

berbalik kepada pilihan tadi...
manusia diberi peluang membuat pilihan oleh Allah SWT.. dan pilihan dilakukan dengan akal dan fikiran yang waras...
kadang manusia itu membuat pilihan yang salah, yang tidak baik...
I've been in that shoes.. 
but the realize it was not worth at all...

so, setiap pilihan itu ada akibatnya..
baik pilihan, maka baiklah mendatang...
buruk pilihan, maka buruklah masa hadapan...
tapi segalanya ketentuan Allah...

seburuk mana dia masa hadapan, jika Allah berkehandakkan hidayah padanya..
insyaallah akan Dia berikan dalam apa jua keadaan...


Jul 23, 2012

Hijrah itu jawapannya pasti indah ^_^

Assalamualaikum...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a:

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."

(HR Al-Bukhari )

Bila sebut saja pasal hijrah, masing-masing terfikir pasal hijrah Rasulullah SAW dan umat islam dari kota Makkah ke kota Madinah…even dalam lagu pun ada mengisahkan tentang hijrah..

Satu Muharam detik permulaan

Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu

Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Mungkin itu dari sudut pandangan yang jauh tentang penghijrahan…sebenarnya tak perlu kita tengok jauh, bayangkan sesuatu yg jauh namun tiada la bermaksud ignore terus tentang hijrah Rasulullah tu… perlu tahu jugak sebab itu adalah sejarah islam..sejarah bagaimana tahun islam itu terjadi..sejarah tentang bagaimana islam itu tersebar…

Hijrah erti kata lain perpindahan, perubahan..itu bagi definisi diri Amal sendiri..hehe sebab tak semua maksudkan perkara  yang sama kan.. wallahualam..

Hijrah daripada yang buruk kepada yang lebih baik…
Hijrah dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat… itu pun consider as hijrah jugak.. Willing to change ourselves to be a better person, better muslim/muslimah and most important towards Jannah...insyaallah ^^
memang akan ada orang yang berkata "cakap senang la, cuba try buat..." 
amboi-amboi, molek sungguh bahasamu deyh.. bukan masalah senang atau tidak kat sini.. sejauh mana keberanian diri kita, kesanggupan diri kita  dan yang paling penting kerana apakah dan siapakah kita berubah ..

kerana ibu bapa ke..?? kerana sahabatkah..?? atau kerana ALLAH kah ..??
2 kerana yang pertama tu lebih kurang macam pencetus atau starter la bagi Amal sebab some people think macam tu..but actually Allah yang bagi ilham..
Allah yang bagi hidayah pada hamba-Nya tapi melalui mereka-mereka ini.... He send them to guide us..
bila kita nak berubah.. nak berhijrah ke arah kebaikan, insyaallah Allah will send mereka-mereka yang baik juga untuk kita..
and what should we say for that ?? ALHAMDULILLAH...

hijrah tak perlu tunggu bulan ramadhan.. tak perlu tunggu lepas kahwim.. hijrah juga tak perlu tunggu sehingga lanjut usia..
hijrah is anytime and anywhere...
percaya atau tak, hijrah juga akan buat orang sekeliling ada rasa hormat pada kita..
maybe at the same time ada jugak yang tak suka about our new look..
but most important, we do it for the sake of Allah...

semepena ramadhan ni, rasanya tak salah kalau kita labuhkan yang mana singkat, tutupkan yang mana terdedah, lebihkan sabar daripada marah and apa saja yang mazmumah tu kita ganti dengan mahmudah...
setiap perbuatan itu ada ganjaran dari-Nya.. insyaallah..


orang yang cantik adalah orang yang cantik di sisi Allah dan Rasul


#jangan 1 ramadhan - 30 ramadhan saja, apa salahnya lanjutkan hijrah itu sampai bila-bila... Allah suka ^_^




Jul 21, 2012

Cinta keluarga kerana Allah...

Assalamualaikum...

selalu tak dengar ungkapan "seteruk mana dia sekalipun, dia tetap ibu/ayah kau.." or "even kerja dia teruk sekalipun, dia tetap orang yang melahirkan kau ke dunia.."..
biasa dengar kat dalam drama la..
even dalam real life pun ada jugak cuma rare cases la bagi amal...
kisah si anak yang tak suka dengan ibu bapa dia yang mungkin kerja tak macam parents kawan-kawan dia.. yang tak mencapai standard piawaian yang ditetapkan oleh si anak...
yang malu dengan kehidupan keluarga...
mungkin ungkapan itu senang diucapkan tetapi  berat mata memandang, berat lagi hati yang merasa (sukasuki je ubah ye amalina..!!)

benar... kita yang menasihati tidak merasa apa yang ditanggung itu..
tapi tak salahkan kita terus dan terus menasihati dia ? seseorang dengan perasaan marah, dendam itu akan hanya membawa kebinasaan kepada diri sendiri... dan mungkin pada orang sekeliling juga tanpa disedari..
ion-ion negatif itu akan berjangkit pada orang sekeliling..
macam penyakit chicken pox.. bila dekat dan bersentuhan, simptom-simptom mulalah keluar kurang dari seminggu (pengalaman sendiri..hihi )

so, without them... kita tak mungkin ada di dunia ni..
Allah takdirkan mereka menjadi keluarga kita.. we blame them.. is that mean that you will blame Allah too..??
think twice..oh, more then twice...
bila kita sedih, frust and any condition pun sekalipun.. jangan pernah ingat yang kita sendirian..
Allah always ada for us.. mengadu pada Dia and anda tidak akan rugi..



Jul 11, 2012

Warming up ramadhan...

Assalamualaikum...



Masyaallah… semakin dekat dah ramadhan ni.. kurang dari 10 hari je..
Pejam celik kedip-kedip mata tengok dah sampai 1 Ramadhan…
Moga kita diberi kesempatan untuk ramadhan kali ni.. excited ramadhan kali ni sebab ni tahun kedua sambut ramadhan dekat rumah.. almaklum lah sebelum ni zaman study sokmo ramadhan dekat hostel…huhu
Tapi ramadhan dekat hostel pun ohsem jugak..!! dapat sama-sama iftar dengan kawan-kawan, pegi masjid sama-sama, tadarus sama-sama ^_^ (rindu la pulakkk….)
Nak ramadhan ni kena start warming up dari sekarang… macam orang sukan jugak, before nak start tu kena warming up..
Tapi ni warming up version ramadhan punya ye…


bila masuk ramdhan ni, yang diikat dan dikurung itu syaitan, iblis dan yang seangkatan dengannya..
tapi kita jangan lupa yang NAFSU kita masih ada... bahaya ni..!! bulan Ramdhan ni nafsu la musuh utama kita ye... jadi untuk itu marilah kita :

1. start belajar and control nafsu especially bab-bab makanan dan membeli ni.. bila masuk bulan puasa, mula lah rambang mata tambah-tambah time nak beli juadah berbuka tu.. itu nak, ini nak... Masyaallah... jangan kata bab makanan je, bab lain pun sama jugak. biasa la, time ramadhan ni memang sale banyak dekat shopping mall..hehehe.. (untuk diri sendiri jugak..)

2. jaga pandangan..jaga penglihatan.. pendek kata jaga lah semua ni termasuk telinga, mulut, kaki, tangan semua.. kadang bila leka sikit, mulalah nak jeling-jeling sana, dengar cakap-cakap orang, pergi tempat yang boleh buat nafsu kita turun naik..huhuhu.. control jangan tak control ^.^

3. sempurnakan diri dengan menutup aurat... mungkin dari yang tidak berhijab, hijrah kepada memakai hijab.. yang seksi meksi berhijrah kepada pakaian yang menutup aurat.. Subhanallah, pasti anda kelihatan cantik dengan busana muslimah.. bukan hanya di mata manusia, tapi juga di mata Allah..

4. bangun awal.. supaya nanti bila nak sahur senang.. nak qiammullail pun senang juga..

5. bersedekah dan bantu mereka yang memerlukan.. even tak banyak pun tak apa lah.. yang penting kita buat sesuatu itu lillahi taala.. Insyaallah , Allah akan terima setiap pemberian kita itu.

6. baca al-Quran secara konsisten .. tanam dalam diri dan berazam nak khatam satu al-Quran ramadhan ni.. tapi jangan la sekadar baca saja.. buka juga tafsiran ayat supaya kita paham apa yang kita baca ^.^

7. muhasabah diri.. biasakan buat muhasabah diri ni sebelum tidur ke, time kita tengah duduk sorang-sorang dalam bilik ke.. anggap masa itu hanya untuk kita dan Allah... mengadu pada Dia.. moment-moment bersendirian dengan Pencipta ini tak tergambar perasaannya..

so, conclusionnya kena jaga dan kawal nafsu kita serta berbuat baik bukan hanya pada diri sendiri, tapi juga pada orang lain.. buat sesuatu itu kerana Allah Taala.. serta avoid semua benda yang dimurkai  oleh Allah ..

sama-sama kita kawal nafsu kita.. jaga diri , jaga iman, kawal nafsu ^_^

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
 
(Riwayat al-Bukhari)


Salam Ramadhan kawan-kawan...!!

Jul 8, 2012

Sabda Rasulullah SAW tentang Ramadan..

Assalamualaikum...


Kelebihan Ramadan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”
 
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Ganjaran Puasa Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Puasa itu penghapus dosa.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; 
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”
 
(Bukhari & Muslim)


Pintu syurga dan neraka.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; 
“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
 
(Bukhari & Muslim)

# Sumber dari e-Hadith

Jul 7, 2012

" I set you free because of Allah "...

Assalamualaikum...

" I set you free because Allah ask me to do so. You are not 'halal' for me and I'm not sure either you're really the one for me or not. But I just pray. If we really meant to be together, it will be. Insyaallah..."

another quote yang Amal terbaca suatu ketika dulu.. kisah rindu pada yang bukan halal untuk kita..
biasa berlaku dikalangan kita ni termasik diri Amal sendiri..hehehe.
kadang bila dok teringat-ingat tu mula lah syaitan datang.. bagi hint-hint dan bayangan...
bila dah tersedar tu...
ASTAGFIRULLAHALAZIM..!!!

bahaya-bahaya.. pantang leka sikit syaitan pun cepat-cepat cucuk jarum dia..
bila dan terbayang bagai, syaitan suka sangat...
sebab apa..?? sebab dia dah berjaya buat kita ni leka dan rindu pada seorang ajnabi..
Masyaallah... huhu

hakikatnya rindu kita pada dia itu rindu yang bagaimana ?? adakah berlandaskan nafsu semata-mata ataupun rindu kerana Allah ??
wallahualam.. tepuk dada tanya iman, tanya diri anda...
lebih baik kita salurkan rindu kita tu dengan berdoa pada Allah SWT...
benar, Allah tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran kita...
tapi, apa salahnya berdoa kan.. ??
itupun salah satu usaha juga...

sama-sama kita menjaga hati kita agar tidak mudah untuk syaitan mencucuk jarum atau segala apa senjata yang dia ada...
Insyaallah ^_^