Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Jun 29, 2012

Kasih sayang itu dari Allah dan kerana Allah...

Assalamualaikum..


RINDU NYAAA....!!!


Dia baru saja beberapa jam pergi tapi saya dah rindu dia...
huhuhu....
benar kata orang.. bila ada di hadapan mata tidak dihargai. tapi bila dah berjauhan, baru sedar yang kita sayang dia sebenarnya...
bila di hadapan, tidak pernah diucapkan perkataan 'sayang' itu...
biarlah Allah SWT saja yang tahu betapa dalamnya sayang amal pada dia..
namun sayang dan cinta paling utama adalah kepada ALLAH SWT...
apa yang boleh diucapkan hanya satu...



kakak cinta dan kasih awak kerana Allah ^_^


selingan sedikit tentang adik memandangkan mood saya yang dalam kerinduan kat dia ni..hihi.
tapi hakikatnya perasaan kasih dan sayang yang telah Allah SWT berikan pada kita menjadikan manusia itu wujud dengan belas kasihan...
perasaan yang concerned pada kesusahan dan kesengsaraan orang lain...
masyaallah, indahnya perasaan yang Allah bagi ni..


namun, bila perasaan ini dikaburi dengan nafsu dan ditambah dengan godaan syaitan... 
Astagfirullahalazim.... bahayanya lebih daripada yang kita bayangkan...
Moga Allah lindungi kita semua daripada godaan syaitan dan salurkan sayang tersebut kerana di jalan yang penuh dengan redha dari-Nya...


Allah juga sayang pada hamba-Nya... 
Dia mengampuni dosa yang telah hamba-Nya lakukan.. Dia menerima taubat hamba-Nya walaupun kisah silam hamba-Nya itu teruk...
manusia itu suka judge manusia yang lain based on past history mereka...
kenapa.. adakah mereka tidak berhak untuk berubah kearah kebaikan ..??
hidayah itu Allah boleh bagi pada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.. bila.. dan di mana saja..
dan mereka adalah lebih baik daripada orang yang meng'judge' mereka...
Subhanallah.. Allah mengangkat darjat mereka ini sungguh tinggi..


Islam juga mementingkan kasih sayang...
kasih sayang sesama manusia..
kasih sayang sesama haiwan dan manusia...
kasih sayang pada tumbuhan...
kasih sayang juga pada diri sendiri...


Indahnya islam itu...
bertambah indah apabila semuanya dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.. dilakukan kerana-Nya..


terdapat juga beberapa hadith yang menerangkan tentang kasih sayang...


Di riwayatkan daripada Anas r.a:
 “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: 
” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
 
(HR al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."
 (Anas r.a)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”
 
(HR Abu Daud)

Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa Rasulullah pernah berdoa:
 “ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)
 (HR
 al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
(HR at-Tabrani)


Jun 22, 2012

Pintu hati ini diketuk oleh seseorang...

Assalamualaikum..

‎" Sesungguhnya pintu ini sedang diketuk oleh tangan dia yang menggenggam agama "


credit to miss zeeshan heikal


time kita tengah happy-happy dengan kawan-kawan, hangout with them... terkinja-kinja sana sini dengan mereka.. sama-sama shopping, masak and sometimes kat be a group a group of gossip girl.. 
suddenly dpt called from our beloved mom and she told...


" kakak, ada orang call mama and tanya pasal awak. And the best part is nak risik kakak untuk buat jadi wife dia. Oh by the way, orangnya pun bagus agamanya"...


Ya Allah.. dalam hati akan terdetik satu perasaan yang tidak tergambar. hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.. jodoh itu hadir tanpa diduga, tanpa dipinta..
bahagia saja rasanya...
umpama dalam hati ada taman gitu.. hehe


well, its not happen to me pun.. its just a point of view..
dilamar.. dirisik oleh orang yang beragama.. Masyaallah, syukur pada Allah jika itu terjadi pada amal..
ramainya yang berhasrat dan berhajat mahu bernikah awal..
amal juga mahu begitu ^_^ (amalina...kuatnya angan-angan awak..!!)
namun bagi amal, nikah itu apabila cukup syaratnya adalah lebih indah daripada nikah yang berlandaskan nafsu sahaja..
Tapi kemudian terlintas di fikiran..


“ adakah aku sudah bersedia ? ”
“ layakkah aku dengannya ? “

Isu-isu macam ni selalu bermain di fikiran.. jangan katakan pada orang lain, amal sendiri pun pernah terfikir jugak.
Ye la, tengok orang walimah.. hati pun rasa teringin.. excitednya melebihi pengantin =P
Tapi bila terfikir dah ready atau tak… terus duduk diam membatu kejap.. haha.
Ditambah pula dengan keadaan tiada calon bak kata orang.. hee ~
Kalau boleh, setiap kawan-kawan ama yang bercouple tu ama suruh nikah cepat…
Boleh la balik Perak selalu..hehehe.
tapi diorang faham maksud tersirat ama.. Syukran Jazilan kawan-kawan (^^)

Cuma bila, di mana, dengan siapa… semua telah Allah tentukan…
kita manusia hanya mampu merancang sahaja  =)
Tapi kalau tanya nak kriteria yang macamana calon suami tu…
Amboi –amboi, macam nak buat karangan 250 patah perkataan..
(heee, awak pun bukan camtu ke amalina ??)
Ada jugak yang tanya amal nak yang macamana ?? jawapannya, biarlah rahsia.. ala-ala lagu siti nurhaliza pulak..

Bagi mereka yang asyik bertanya tentang bila amal nak kahwin.. nak bernikah ..
Terima kasih la dengan pertanyaan itu semua…
Insyaallah akan dijawab suatu hari nanti..
Doakan saja bila ye kawan-kawan =)



Jun 18, 2012

Quick share 16...

Assalamualaikum..


Well said... !! totally agree with this statement..
by sis Fatimah Syarha...

Kisah Hati..

Assalamualaikum..

bila masuk soal hati, susah kita nak gambarkan.. susah untuk diungkap dengan kata-kata..
wah..!! tiba-tiba terasa macam diri ni puitis sangat :P.
kadang-kadang kita rasa macam Ya Allah susahnya nak buat pilihan ni.. hati kata yes, otak kata no.. kadang-kadang rasa nak menangis pun ada.. sebab rasa tekanan dan bebanan pilihan tu berat..
pasal tu adanya solat istikharah.. minta Allah beri petunjuk yang terbaik untuk kita..
bertanya pada mereka yang boleh memberikan kita pendapat yang diterima akal...

semua manusia akan mengalami masalah ini.. ala-ala berada di persimpangan gitu.. either this road or that road...
kadang dok cakap kat diri sendiri "bakpelah aku diberi ujian cenggini ..." ... (muka pasrah je)...
rasa macam nak story pada kawan-kawan yang boleh dipercayai saja untuk meringankan beban di kepala ni..
tapi hakikat sebenarnya ada yang sentiasa dan selalu ada tak kira bila kita susah mahupun senang...

ALLAH SWT....

lupakah kita pada Dia ?? Dia tidak seperti manusia on off on off...
Dia sentiasa ada.. cuma kita manusia ni kadang tak sedar.. bila susah baru teringat doa, minta tolong pada-Nya...
astagfirullahalzim manusia... jangan kita cepat lupa dan terhanyut dengan kesenangan..
kerana setiap kesenangan itu datangnya dari Allah SWT...
especially bab-bab hati dan perasaan ni...
mengadu pada Allah itu yang sebaik-baiknya...

tak tipu... memang, masyaallah...tak tergambar perasaan yang Allah bagi selepas tu..
satu ketenangan yang sangat-sangat indah.. Subhanallah ^_^
hati perempuan ini lembut.. bila sampai satu tahap dalam membuat pilihan, dia akan confused..
me too..!!! but then kena cepat-cepat realize yang kita ada Allah..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
 
Riwayat Muslim

Jun 14, 2012

Note to self...

Assalamualaikum...


Self note untuk diri sendiri.. (bukan sama ke maksud dia..??? )
sentiasa buat.. sentiasa ingat...
mind set tu pun kena betul..
niat kerana Allah Taala..
bukan untuk dapat pujian atau yang sewaktu dengannya laa...



Jun 4, 2012

" you are a TEST that Allah has sent to me... "

Assalamualaikum...

mood blogging kembali semula after busy days... it starts when suddenly amal terfikir about people who wants to turn other person from good to bad.. seriously, its happen in this world..
ok, world itu sangat luas... contoh paling dekat la, around us...
manusia sanggup buat macam-macam supaya orang yang baik ni ikut dia jadi kureng baikk..
ohh, sangat lah bahaya..

syaitan itu menghasut dengan cara seperti itu pula.. melalui manusia-manusia..
contoh, bila seseorang yang kureng sedikit mengajak orang yang lebih sedikit ni berubah.. dia tak start dengan drastik tapi lebih dengan cara slow and steady...
umpama sikit-sikit lama-lama jadi bukit la..
boleh pulak kan jadi macam peribahasa... masyaallah..
kena pulak orang yang dihasut ni mudah sikit terpengaruh, tak istiqamah... bahaya..!!

jadi hati tu kena betul-betul tetap dan sentiasa ada rasa takut pada Allah SWT... ye la, if tak ada rasa takut pada Allah.. kemungkinan kita akan turut sama hanyut..
jadi follower mereka dan syaitan akan tergelak besar menandakan yes..!!
minta Allah pegang hati kita, tetapkan kita di jalan-Nya.. lindungi kita dari sebarang hasutan...

amal sebagai human being pun juga.. tak terlepas daripada godaan sebegitu...
sentiasa berdoa supaya Allah tetapkan hati amal ni.. tak terpengaruh dan tak tergoda dengan perkara-perkara tu..
sentiasa fikir yang Allah bagi kita ujian macam tu bukan untuk kita terus hanyut dengan ujian-Nya.. tapi nak buatkan diri kita lebih yakin dan percaya pada-Nya..
dalam apa keadaan sekalipun, kena yakin Allah tu yang utama.. minta pada-Nya..
bukan bila dah jadi gitu pi jumpa bomoh la.. dukun la...
tu dah jadi kes syirik pula...


as quote kat atas bagitau " You are a TEST that Allah has sent to me.." . so, we have to be strong.. kena lawan segala perkara yang will bring us down to be a better muslim..
musuh kita bukan hanya pada syaitan, iblis serta yang seangkatan dengannya.. malah dengan hawa nafsu sendiri...
sentiasa yain pada Allah.. think positive pada Allah..

" Be strong, keep your faith and trust Allah. If you trust Allah, Allah will always helps you "

Alhamdulillah : Berukhwah kembali =)

Assalamualaikum...

*entry berbaur kehidupan peribadi =)

first of all, Barakallahu lakuma kepada semua yang mendirikan masjid cuti sekolah ini.. Moga Allah pelihara kalian berdua sehingga ke syurga.. Bercinta sampai ke syurga.. insyaallah..

musim cuti sekolah dah menjelma so as usual akan menyusul la pula kad-kad walimah.. Alhamdulillah this school holiday yang 2 minggu ni me and family managed to balik kampung... yippi..!!
mana la tak happy coz jarang sangat hah baliknya...
kampung di utara..rumah pulak di selatan... total atas jalan je setelah ditolak tambah semua campur stop-stop minum, toilet bagai... around 4 to 6 hours...huhu
tapi balik kali ni rasa berbaloi sangat-sangat coz  2 of my classmates got married but yang tak best adalah walimah mereka on the same date...
tapi managed jugak ke both kenduri.. Praised to Allah...

Nafhah Izzati @ ifah yang pick up amal kat rumah nenek then baru pergi jumpa our ex-classmates dulu sebab sama-sama nank konvoi pergi first house la.. 
opssss, nama pengantin nya Siti Nur Baizura tapi kami panggil Bai sahaja...
just go, wish.. sembang-sembang sikit and photo together...
tak sempat makan pun coz too many people and no place to sit..
takpe la, yang penting dapat jumpa Bai =)

next trip off to walimah Ummi Saiedah @ Umie...
my classmates and dorm-mates since 2006... tapi before pergi walimah umie, me and nafa kena pick-up syiera..
kita merancang tapi Allah sudah menetukan segalanya.. kereta nafa leaking yang sangat teruk and temp. is too high..
so, kami tukar kereta with syiera then barulah start semula perjalanan ke walimah cik umie..

walimah umie dan Ah Seng kami panggil husband umie ni.. hehehe.. sangatlah sporting both of them. theme umie cantik.. combination turquoise with green lime kalau tak silap.. kami ni trip sekolah yang ke 4 rasanya coz before kami ada dah yang dah sampai dulu..


ni dekat walimah Baizura.. Bai buat dekat rumah and tak sangka rupanya family cik bai ni kenal dengan family nenek amal.. Masyaallah, memang tak disangka sungguh.. rumah bai pula dekat dengan bendang / sawah nenek.. time kami sampai, bai tengah makan dengan family semua and disebabkan tiada tempat di luar, maka kami dengan selambanya duduk kat dalam..hehehe


back there is bai's husband.. (don't know his name). tapi muka diorang memang ada iras-iras sikit.. bak kata orang-orang tua jodoh panjang tu..hehehe. Allah dan tetapkan jodoh sejak dari dalam rahim ibu lagi.. siapa sangka dari status abang angkat ke status suami.. Alhamdulillah 3x =)


muka kelaparan masing-masing.. sampai walimah umie, naik pelamin ambil gambar dulu then terus serbu meja vvip... sesungguhnya kami tersangat lapar that time..


sahabat dunia akhirat yang dah lama tak jumpa.. ernisyahrina @ eni... she's in upm now.. sampai-sampai je jumpa dia terus hug and masing-masing cover perasaan syahdu akibat rindu time tu..hehehe.. kena bebel sikit dengan eni sebab tak jenguk dia dekat upm.. insyaallah sayang, ada rezeki.. saya jumpa awak kt sana =)


left to right : Ayu, Fasha, Puteri, Intan, Hanim, Munira, Nafhah
the 5 Science Ikhtisas aka 5Sc2.. yang lelaki tak datang.. (ok, class amal 5 orang je pun lelaki). konvoi beramai-ramai dengan diorang yang boleh dikatakan driver yang power gak..hahaha

nafhah.erni.amal.syahirah 

ayu.fasha.puteri.amal

standing left to right : me.nafhah.syahirah azamli.shakinah.shasya.nashiha
sitting : syahirah.raudzah
this is a combination of student 5 Agama Sains and 5 Sains Ikhtisas.. boleh juga termasuk dalam kategori budak-budak hostel..

the pengantin of the day : Ummi Saiedah bt Haji Jalaluddin.

actually the best part during this journey is ukhwah.. for several years tak jumpa then Allah aturkan perkahwinan mereka ni untuk kami semua berukhwah kembali dan merapatkan semula silaturrahim.. Masyaallah, perancangan Allah itu tetap dan kena pada masanya.. Allah is the best...!!

#harap maaf kerana susunan gambar berterabur