Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

May 26, 2012

Lillahi Taala...

Assalamualaikum...

frequently people keep asking me whether i get paid for what I do here ?? I just smile and said everything I do because of HIM.. (because they are non-muslim).. if Muslim yang tanya sama juga jawapan pun ^_^
and sometimes they said to me that this organization I volunteer for should paid for my 'kerja', for what I had done here...

well people, let me answer all of your question...

" I'm doing everything here because of Allah... bila kita buat sesuatu kerana-Nya, we will feel happy.. tak terasa pun macam satu bebanan umpama batu besar atas kepala.. it's awesome..!! plus if kita love that job.. lagi la tak terasa sungguh... pada siapa yang sangat concern pasal diri amal, thank you for your concern.. insyaallah i'll be fine here.. Allah will help me in any circumstances =) "

bukan mahu marah dengan soalan begitu, tak marah pun.. mereka pun berhak bertanya.. but itulah, jawapan amal tetap sama and it will remain like that...
tak pernah rasa terbeban, menyesal dengan perkara ini...
just one word, Lillahi Taala.


May 17, 2012

anak kecil , telekung dan pertanyaan...

Assalamualaikum...

anak kecil itu memakai telekung.. duduk di atas sejadah sambil di hadapannya sebuah Al-Quran yang diletakkan di atas rehal...
suaranya yang comel dan lembut itu mula membaca Surah Al-Fatihah dari mula sehingga habis..
disambung pula dengan bacaan alif ba ta...

wajahnya yang polos.. penuh dengan kegembiraan.. bersih dan suci wajahnya tanpa sebarang dosa...
Masyaallah.. indahnya ciptaan Allah ini...
ku renung wajahnya dengan perasaan penuh ketenangan.. gembira melihatnya...
namun terdetik juga perasaan sayu tatkala memikirkan kanak-kanak yang bernasib malang..
didera... dimaki...
Ya Allah, Kau selamatkanlah mereka daripada sebarang perilaku yang tidak baik Ya Allah...

selesai kanak-kanak itu mengaji.. dia membaca doa selesai membaca Al-Quran..
penuh bersemangat.. aku tersenyum melihatnya...
tatkala dia berpaling, dia ternampak aku yang sedang senyum melihatnya.. senyumanku dibalas dengan penuh ceria...
tanpa disangka dia kemudian menghampiri ku.. dan bersalaman denganku..
Ya Allah, peramahnya budak ini..
ibunya ketika itu sedang solat jarak sedikit daripadanya... dan dia duduk disampingku yang sedang bertelekung...
persoalannya mencuit hati.. ditanya namaku, umurku, statusku, apa yang sedang ku lakukan sekarang..
kadang ku tergelak dengan segala persoalannya.. comel ^_^

berbual dengannya buatku ceria.. keletahnya yang manja.. sehinggakan ibunya menegurnya kerana terlalu manja denganku...
biarlah makcik... saya selesa dengannya... ibunya turut bertanyakan tentang perihal diriku...

dia banyak bertanyakan soalan padaku..
kenapa perempuan islam perlu menutup aurat... perlu membaca Al-Quran... perlu itu dan perlu ini...
ku jawab soalan-soalannya dengan penuh berhati-hati..
ku jawab dengan jawapan yang mudah difahami..
anak-anak kecil seperti umurnya itu sangat cepat memproses segala perkara yang diberitahu dan diajar..
dalam masa yang sama ku kagum dengan segala pertanyaannya.. dengan didikan agama yang diberi oleh keluarganya...
*sumber inspirasi ku ini dalam mendidik anak-anakku kelak..hehehe*

buatmu adik,
walaupun kak amal hanya berjumpa dengan awak sebentar sahaja di surau, kak ingat tentang awak.. kak ingat tentang keletah awak.. dan kak ingat tentang soalan awak.. awak sangat comel dik.. manja awak pada kakak walaupun baru bertemu.. buat kak rasa rindu pada awak.. ingin sekali bertemu dan berjumpa denganmu.. moga Allah pertemukan kita kembali suatu hari nanti. Insyaallah.

bayangkan, kanak-kanak pada usia 5-6 tahun sudah bertanyakan perihal aurat, al-Quran...
masyaallah.. moga Allah pelihara mereka semua...

May 8, 2012

Segenap dimensi pemikiran

Assalamualaikum...

Terasa diri ini dibebani dengan pelbagai ujian dan dugaan dari-Nya...
hampir terasa seperti mahu give up...
mahu menangis sepuas-puas hati....
mengadu pada yang Esa setiap saat dalam keadaan yang sangat sedih...
air mata jatuh berlinangan setiap kali memohon pada-Nya...
hanya Dia yang mengerti apa yang bermain di fikiran, apa yang tersimpan di hati..
Allahuakbar...

namun disaat begitu, muncul sinar dari-Nya...
mengirimkan teman-teman yang soleh solehah....
yang mengambil berat tentang segala hal yang berlaku dan kadang kala melebihi tuan punya masalah...
sentiasa memberi support dan kata-kata semangat...
Allahuakbar...

Dia Maha Mengetahui...
Maha Berkuasa... segala yang berlaku atas kehendak-Nya...
Dia tahu apa yang kita perlukan.. dan bukan apa yang kita mahukan...
Allahuakbar...