Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Jan 29, 2012

Quick share 11...

Assalamualaikum...

" ... if you really love her, you wouldn't touch her. Not even (slightest bit). You'll protect her dignity and sacredness as a Muslimah. Just hold her in your heart for a few years then you can do it in the halal way ".


not only for men, but also to women. don't just simply give men touch you without any good reason..


Kau Nak Kahwin Dah ke ???

Assalamualaikum...

nak kahwin dah ke ???
common question marked dari mereka-mereka... haiii manusia ^^
kenapa ?? perlukah sebegitu rupa ?? well, i don't think so. tapi itulah lumrah dunia...akan bertanya dan terus berkata-kata...
tik tok tik tok... blablablabla~

wahai anda-anda, tiada apa yang peliknya bila mereka berubah dari non-hijab to hijab...
tak perlu bila nak kahwin je berubah tu.. anytime, anywhere boleh saja ^^
tapi tu la... mungkin dah jadi mentality manusia kan bila berubah pakai tudung je, nak kahwin...
bagus jugak tu cakap macam tu ( bagi yang single laa )... doa daripada mereka-mereka ^^

mungkin ada jugak suara-suara sumbang yang mengatakan hipokrit je semua tu..bab-bab si polan pakai tudung tu..
biarlah orang nak kata apa pun, sesungguhnya sedikit pun tak susahkan dia.. malah sakitkan dia pun tak...
sungguh, hipokrit itu adakalanya perlu untuk kita push diri kita berubah.. ( tak tipu sebab penah jdi kat diri sendiri ).

end of story, tak semstinya bila nak kahwin kena pakai tudung...macam syarat sah kahwin pulak..
mind set itu tidak bagus yaa...

mereka bertudung bukan kerana mereka nak berkahwin, bukan kerana mereka dah sampai seru tapi semuanya kerana hidayah daripada Allah SWT dengan usaha mereka.
syaitan dan mereka-mereka yang bersekongkol dengannya itu akan terseksa dan menangis kerana kamu semakin hampir dengan Pencipta mu...
kerana kamu melakukan serta melaksanakan suruhannya : menutup aurat dengan melengkapkannya dengan hijab...




Bila Abah bersuara...

Assalamualaikum...

wahh...!! rasa macam lama je tak updated blog...
huhuhu...
almaklum lah... ada misi tertunggak nak kena selesaikan ;p ( ni pun tak selesai lagi nieyh..!! )

ok, abah amal nak kata pendiam, takdak la sangat...
nak kata banyak cakap pun, x juga... so consider tengah-tengah gitu la..
one day, tengah amal and adik syok-syok main game cpu, while mama busy dengan tempahan blouse, langsir and ...... ( memang confirm-confirm amal tak tolong time tu sebab mama kinda moody sikit that day )..
suddenly abah yang ada kat balkoni masuk je terus cakap something yang " hah ??? oookkk.... ".
just 2 things but impak dia menusuk kalbu dan jiwa (ok, sooo hiperbola..!! )

  •  no pre-wedding picture. only post wedding picture.
  • tak payah pakai baju yang kecik-kecik, ketat-ketat during your wedding nanti

seriously, abah seorang yang sangatlah jarang cakap about wedding and suddenly pops...!! he spoke about it..
peliks pun ada, happy pun ada...
feel blessed having a dad like him.. Alhamdulillah ^^

kakak akan ingat pesanan abah itu sampai bila-bila...
love u abah...

 

Jan 24, 2012

Salah Faham Wabak Berbahaya

Assalamualaikum...

benar atau tidak salah faham itu bisa menjadi wabak yang berbahaya kepada diri kita ??
tepuk dada tanya iman masing-masing...
kerana hanya diri kita sendiri sahaja yang mampu memberi jawapan kepada pertanyaan di atas...

salah faham umpama sejenis virus yang sangat kecil namun ia membiak dengan pantas dan cepat di dalam tubuh badan kita. bukan hanya pada tubuh badan kita, malah ia juga mampu berjangkit kepada orang lain.
begitu juga dengan salah faham...
kerana satu perkara, ia akan menjadi besar..
melibatkan amarah, terasa hati, baran yang memuncak, fitnah dan kadang-kala hingga membunuh...
astagfirullahalazim..!!!
betapa besarnya kesan salah faham itu...

benar, kita sebagai manusia ini kadang-kadang khilaf...
mudah percaya dengan apa yang kita nampak, apa yang kita dengar tanpa sebarang penjelasan yang kukuh...
dan mulalah bergaduh, bertikam lidah, tuduh sana tuduh sini...
namun, bila dah tahu perkara sebenar...Allahuakbar, malu dan penyesalan mula timbul..
namun kadang-kadang kerana ego yang tinggi menggunung itu, kita lupa akan perkataan ' maaf '....
semudah itu kan...

bila kita telah sedar akan kesilapan kita samada atas diri sendiri mahupun daripada orang lain...
pohonlah maaf..tak rugi memohon maaf...
bertambah Allah suka dan sayang pada kita lagi adalah ^^
daripada biarkan ia menjadi fitnah..menjadi bara api dendam..
mengundang fitnah dan mendatangkan pertambahan dosa kepada dosa-dosa yang sedia ada ni...
maaflah...
kerana kemaafan itu suatu perkara yang sangat mulia di sisi Allah SWT...
sedangkan Rasulullah SAW memaafkan umatnya.. inikan pula kita insan yang lemah...
bila kemaafan terucap, salah faham terurai..hidup kembali ceria dan bahagia ^^


gambar hiasan

Jan 22, 2012

Dilemma ???

Assalamualaikum...

never say no, never say yes...
do istikharah...
pray to Him...
insyaallah, you will get the answer from Him...
because He knows what is the best for you...
He knows everything about you...

Jan 21, 2012

Kakak happy tak buat kerja-kerja ni ???

Assalamualaikum...

it's 3.30 a.m in the morning dan amal still tak tidur lagi..
baru je habis buat micro teaching for subjek Maths..
tiba-tiba teringat amal suatu ketika dahulu, tentang pertanyaan seorang adik di kampus dahulu...

" kakak, kakak happy ke buat kerja-kerja gini ?? "

hmmm, amal mengaku agak terkejut dengan pertanyaan adik tersebut tapi cover-cover sikit la muka kaget tu. hehehe..
amal paham maksud " kerja-kerja " tersebut...
then step pertama yang amal ambil, ajak adik tu masuk surau...
memandangkan waktu zuhur dalam 15 minit lagi nak masuk ^^
duduk-duduk dulu..bagi relaks-relaks..regangkan badan kejap before jawab soalan adik tadi...

perkara pertama yang amal katakan padanya...

" kenapa awak tanya kak amal macam tu ? hmmm, kak amal nak tanya awak pula. awak tengok kak amal happy tak ?? "

reaksi adik tersebut adalah dengan anggukan kepalanya..amal tersenyum melihatnya.
amal memahami mengapa dia bertanya soalan seperti itu..

" wahai adikku, kak amal sebenarnya rasa seronok dapat join dan buat kerja-kerja ni. rasa bersyukur pun ada sebab dipilih oleh Allah SWT untuk melakukan perkara-perkara sebegitu. it's fun youn know..doing perkara yang you tak pernah buat..mixed with various of people..ada yang mcam tu..ada yang mcam ni. bila kita tengok ragam-ragam manusia ni, kehidupan mereka, satu je akak fikir. Syukur pada Allah. sebab apa akak cakap macam tu.. sebab dengan melihat mereka ni, akak patut bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada akak sekarang. bukan hanya akak, tapi kita semua patut bersyukur dengan apa yang kita ada. bukan bermaksud ok, thats it..!! no..kita berusaha untuk mencapai apa yang kita mahu but with the correct way la, and yang paling penting..jangan mengeluh.."

adik hanya mengangguk tanda faham.
benar...kita sebagai manusia sering mengeluh bila melihat ada yang lebih daripada kita. amal tak nafikan, amal sendiri kadang-kadang begitu..huhuhu
namun kita sepatutnya sedar bahawa ada lagi yang lebih kurang keperluannya daripada kita dan mereka tidak pula mengeluh malah mereka bersyukur sangat...
Ya Allah, betapa khilafnya kita pada kehidupan kini...huhuhu
bila amal menyertai kerja-kerja sebegitu seperti mengajar tuisyen secara percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan, gotong royong bersama mereka...
masyaallah, mereka sangat baik dan ceria...especially the kids. kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka..
hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan amal ketika itu...

kerja-kerja yang amal lakukan bukan hanya membuatkan amal rasa bersyukur..secara tak langsung make me close to Him..Allahuakbar..!!
semakin dekat dengan-Nya, semakin seronok dan semakin tenang kehidupan ini..
benar...
bila kita bersahabat dengan mereka yang melakukan sesuatu perkara untuk redha-Nya, kita juga akan turut sama mendapat tempiasnya dan sekaligus kita juga akan terbuka untuk join bersama ^^

happy..calm and syukur... thats only i can say.
kakak happy buat kerja-kerja ni ^^
satu je amal pegang...

" Allah kalau nak bagi hidayah tu, anytime je dan Allah kalau nak tarik balik hidayah yang dah Dia bagi, Dia boleh buat sekelip mata. tak kira masa dan tempat... "


- it's not to late to change yourself. Everything on you. Don't let the 'syaitan' hold everything back. Have faith on Him and insyaallah He will help you -



Jan 20, 2012

Tiket Free

Assalamualaikum...

Nama sebenar : hamba Allah
Gelaran : insan
Asal : tanah
Alamat : planet - bumi

Maklumat Perjalanan

tempoh berlepas : kehidupan dunia
tempoh perjalanan : cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
destinasi : akhirat
masa berlepas : ketika di datangi malaikat
masa hadir : ketika dan selepas nyawa dicabut
bentuk tempahan : tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat Perjalanan

Ditujukan kepada semua penumpang

Diminta semua penumpang mengambil perhatian kerana perjalanan akan bermula dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda ( pilot ) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk pada para ulama' dan cendiakawan.

Barang yang dibenarkan dibawa:

  1. 5 meter kain kafan
  2. kapas putih secukupnya

Muatan lain yang dibenarkan :
  • amal soleh
  • sedekah jariah
  • anak soleh / solehah yang mendoakan kedua ibu bapanya
  • ilmu yang bermanfaat

Perhatian..!! muatan lain yang ditegah adalah tanggungjawab penumpang. barang siapa yang tidak mematuhi akan diseksa.

Waktu Berlepas :

semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, passport atau tidak mempunyai kedua-duanya, hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang....

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi pada dasar peringatan kepada penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. hendaklah anda semua mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Kahfi :

" Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu "


Jan 19, 2012

Sungguh, aku rindu...

Assalamualaikum...

sungguh, aku rindu padamu...
rindu yang teramat sekali padamu...
namun tidak pernah rindu itu lebih daripada rinduku pada-Nya..
itulah pesananmu..
rindulah Pencipta mu lebih dari segalanya..

bila aku rindu,
ku tatap gambar-gambarmu...
terbayang gelak tawamu, kata-katamu, kesungguhanmu...
semuanya membuat aku rasa dihargai.

dahulu, bila aku rindu padamu...
kau datang berjumpaku..
kau katakan bahawa akulah buah hatimu, kesayanganmu..
dahulu, bila aku merajuk...
kau akan memujukku sedaya mungkin...
dahulu, bila aku mahukan sesuatu...
kau bawa sesuatu yang menjadi kegemaranku...
seperti kau dapat membaca apa yang tersirat di fikiranku...
kau tidak pernah jemu melayan kerenahku..

sungguh, kau buat diriku rasa bahagia

namun kini, kau telah pergi...
pergi untuk selamanya menghadap Ilahi...
aku orang terakhir yang mengetahui tentang pemergianmu...
kerana kau telah berpesan bahawa jika ajalmu tiba, biarlah aku orang terakhir yang mengetahui tentangnya...
terkejut, tergamam, tidak terkata sehingga aku hampir rebah tatkala menerima berita tersebut...

air mataku kering...
walaupun ramai yang memelukku mengucapkan takziah...
walaupun ramai yang memelukku tujuan untuk menenangkan hati kecilku...
kerana aku yang paling terkesan dengan pemergianmu...
aku kaku tanpa sebarang tindak balas..
kerana satu sahaja di mindaku...
aku redha dengan kehendak-Nya..
kerana ku tahu, kematian itu pasti...

hanya doa ku titipkan buatmu...
surah Yassin ku bacakan untukmu tatkala diri ini teringatmu...
damailah kau di sana..
damailah kau di sana atuk...
akan ku ingat segala pesananmu atuk...
akan ku kenang kasih sayangmu atuk...

( Al-Fatihah buat arwah atuk )

adik sayang atok...

Friendship, Nostalgic and Transformation

Asslamualaikum...

- friendship grows with love and laughter and lives in your heart forever after -

tengok-tengok album lama, facebook just remind me to them..
wow, its already 11 years kita berkawan ( ok, amal starts counting since we were 11 years old )..
time flies too fast sampai kita pun tak sedar...
suddenly, this idea came..
nak buat review pasal mereka....sebab musabab adalah rindu ukhwah tersebut (^_^)
This one is for you, guys....!!!

5A with Cikgu Rosmadi Md Yunus
ok kawan-kawan....
cuba tengok wajah-wajah innocent korang ( excluding me ;P )..hahaha...gambar kelas in 2001.
ramai nyerr berbaju biru kelas kita nie..
so nostalgic.. (konon...) and after 11 years see this photo again, for sure akan terlintas kat fikiran korang ayat-ayat macam ni..
" wahhh, skema nyerr ak.... cute nyerr ak dulu... mak aihhh, gemok nyerr..huhuhu "...
seriously, amal pun ada terlintas benda-benda gitu...
apa ya kita selalu buat ???
hmm, study sama-sama, bila time pj selalu gaduh nak main apa..perang-perang mulut dalam kelas. kalau diingatkan balik sekarang, rasa nak tergelak je...
biasa la, zaman tak matang lagi...hihihihi

I grab some of your photos with permission korang jugak and this is how it work...
just for our friendship memories...


Ni Alif Razali.. kami jadi classmate since darjah 1 sampai la darjah 6 (berjodoh kami nie..hehee).. alif jadi ketua kelas since 1998 till 2002..setiap kali nak pilih ketua kelas, nama dia je naik..ntah la, kelas kami ni dah serasi dengan dia..hehehe. dulu alif ni cute and chubby sangat..kalau marah, muka dia merah padam.. but now he's turn to a handsome man. alif study kat multimedia university kalau tak silap amal la...amik course apa, idok le teman tau..hehehe.. what can I say alif, you make a huge transformation.!! (ok, i'm jeleous here..huhu)



Arbaiza bt Hanaffi..a cute yet small girl yang less talk but her work ?? superb...!! she's good in math..sekarang baiza dekat UPM doing her Bach. Sc Math Edu.. math ?? like wow...i told you right..!! hmm, baiza ni pendiam orangnya tak macam amal...huhuhu... baiza was my desk-mate time standard 2... transformation  ?? baiza dulu ( baris 2, paling kanan ) dengan baiza sekarang, semakin matang dan cantik.. but just 1 thing tak berubah dekat dia.. her smile..alamak cair laaa.. hehehe

 
This is Farradillah Amir ( miss pink paling kiri )..fara sekarang study kat UPSI..!! sweet smile..masyaallah, suka sangat tengok dia bila senyum... tapi kan, satu je amal tak boleh lupa pasal farra ni. bila dia dalam keadaan kelam-kabut, ya Allah..dia punya muka tu sangat-sangat boleh nampak tau sampaikan kami kat sekeliling nie risau dengan dia.. jangan marah farra..huhu... bagi amal, fara punya transformation is she's more matured la kan.. muka, not really tapi tak tahu la di mata orang lain ^^

Izzati..she's so humble..untung siapa yang jadi suami dia..hehehe. she's now in UPM ambil course Food tech kot..kot la, x berapa nak tau pulak..huhuhu (padahal dia ada bagitahu dulu..) sangat baik, rajin buat kerja rumah dan macam-macam la.. speaker dia pun, tak ada la banyak cakap sangat. just nice. amal suka ngendeng-ngendeng dekat dia ( ehh, paham ke...??? ) hmmm, tak tahu la nak bagitau apa lagi but what i can say is she is a humble and a very kin person. zati tak transform sangat pun..sama je den tengok haa ^^

Khaliq Jamlus...ehhh, no..!! no..!! Khaliq Dzafrullah nama dia. sorry la khaliq, tau kan tu nickname hang zaman sekolah..hehehe. hang kan khaliq, handsome sungguh dalam gambar..masyaallah..khaliq ni dalam kelas duduk belakang..sapa partner dia, lupa la pulak.. (ishh amalina nie, banyak makan semut..!! semua lupa..huhu) khaliq rumah sukan dia, rumah merah kan..?? hehe..dia sekarang study kat Usim ambil applied physic (dia bagitau hari tue...) khaliq dengan izzati ni perangai lebih kurang je..humble, kind and very down to earth person... transformation dia...hmm, tak payah cakap la.. daripada cute, chubby macam alif...jadi handsome, matured person.. masyaallah..korang ni memang buat suka buat amal jeles kan..huhuhu

she's gorgeous, she's charming..she's a chinese look person..who is she ?? she's Lina Zafirah... competitor paling tegar amal since standard 1..hehehe..kitorang selalu berlumba whose gonna get no  in class..kan lina ?? tapi selalu saya kalah sama dia..huhuhu..lina banyak cakap jugak..like yaaa, most of person dalam class 5A agak banyak bercakap jugak lar..hehehe. tengok gambar pun dah dapat tau kan lina study apa sekarang..she's doing engineering dekat UTeM. shes adorable right ?? ni pun tak banyak transformation...lebih kurang sama je dengan dulu..^^

Presenting you, miss Amira Rabani..!! btw, mira yang pakai shawl merah mak ngah tu ye..hehe.. mira dengan lina satu geng..banyak cakap mira ni..tapi bila orang kelentong dia, dia percaya bulat-bulat..hehehe..dengan fae reaction dia...memang boleh jadi pelakon terbaik mira ni..!! ^^ mira macam lina jugak, ambil engineering tapi kat UIAM la..cantikkan mira sekarang.. ni pun jenis less transformation..if ada pun, dari segi kematangan kot..bab mulut...senyum..perangai..still sama lagi..hehehe..jangan mara syggg....^^
p/s - mira ada blog tau and sangat sempoi penulisan dia... keep it up girl...!!!

Everyone can guess which one is mirzad right ?? heee...still the same person..same style..opsss, ada ubah sikit.. tak skema dah.. ^^ mirzad la ni ada kat jepun ambil engineering..tengok, engineering jugak kan..;p minat naa depa ngan engineering ni..hahaha. pape pun, all the best to them ^^ mirzad yang dulu dengan yang sekarang..hmmm, what can i say... dia dah berubah.. tak tempered dah macam dulu.. i'm glad to know that (^_^) amal pun jumpa balik mirzad time dia buat japan course dekat unisel.. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami kembali.. and soon insyaallah sapa tahu, kita semua akan jumpa balik ^^

Zulhilmi... opsss, gambar konvo tu dia dan bakal isteri..insyaallah.. (wah..!! statement amal. jgn marah zul ) kami semua doakan hang tau ^^.. he's so transform people.. and i guess u guys pun tahu..heee. teringat dulu time darjah berapa entah, kena tarik dengan cikgu Darminah masuk fashion show 1 malaysia and partner with him..mula-mula ingat kena catwalk and pose macam model je..alik-alik, kena menari pulak..sudah..!! nak tak nak kami berdua belajar la menari.. merah padam jugak waktu persembahan tu but anyway..satu memori yang akan amal kenang sampai bila-bila ^^.. zul sekarang kannn...jiwang..!! heee..jangan marah ye..kenyataan tu ^^ tapi kami bahagia tengok dia bahagia..kan korang ??

Sivanesan..alamakkk!! handsome la dia..dari dulu sampai sekarang.. dalam class amal tak ramai indian pun..ada dalam 2,3 orang je.. siva ohh siva.. uniten - engineering.... seee..!! told you guys before. ramai sangat future engineer ni..mesti cikgu-cikgu kita bangga dapat anak murid yang insyaallah berjaya semuanya ^^ siva ni suka masuk kelas agama islam time kat sekolah dulu..kami belajar agama, dia pun belajar.. kalau tak faham, dia akan tanya and ustazah pun suka explain kat dia..so sweet ^^. transformation : from muka ala-ala childish to a handsome man..^^

well, actually ramai lagi kalau nak describe...huhu. ehhh, jangan ingat amal tak post pasal yang lain maksud amal tak ingat korang..you guys still in my heart.. takkan amal lupa friendship kita yang dah masuk sedekad ni ^^.. i just miss you guys a lot..

insyaallah one day kita semua akan buat reunion...
we will meet up and kita akan chit chat tentang diri masing-masing and take photos...
insyaallah...
semoga ukhwah yang kita bina akan terus berkekalan abadi selamanya..

opsss, saje je nak letak gambar latest amal yang semakin Alhamdulillah, sihat..heee

saya yang baju hijau itu.. (eleh, macam orang tak cam je kan..hahaha ^^)

- ukhwah fillah abadan abada - 

Jan 14, 2012

Muhasabah Diri 2

Assalamualaikum...

Bukan saja-saja Allah meletakkan anda dalam bidang itu...
Bukan saja-saja Allah mengurniakan anda kepakaran itu...
Bukan saja-saja Allah memasukkan kelemahan itu...
Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu...
Bukan saja-saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan sebegitu..

Melainkan Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
Melainkan Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu...
Melainkan Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu...
Melainkan Allah mahu menguatkanmu...
Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayang-Nya padamu...

Tetapi, adakah kita bersyukur ??


# perkongsian dari facebook

Meredakan Kemarahan version Saya

Assalamualaikum...

Sedar tak perasaan marah ini adalah sinonim dengan diri manusia..
semua orang ada perasaan marah cuma cara pemarahan dan kawalan pemarahan tu yang berbeza bagi setiap individu (ehhh, betul ke ayat ni ?? )..
betul tak ??
ye la, lain orang lain ragam amarahnya...

Kadang-kadang tu bila dah marah, masyaallah... macam-macam disebutnya...
yang tu mungkin ramai yang buat...
tapi bila amarah tu tak dapat di kawal..umpama dah tahap maksimum la kan..
kaki, tangan semua naik..silap-silap, segala harta benda kat keliling yang ada tu semua jadi mangsa...
Allahuakbar...
then bila dah sedar, baru rasa menyesal...
baru sedar berapa ramai dah orang yang kita sakiti, berapa banyak harta benda yang kita dah musnahkan..belum kira rugi lagi...
semua hanya berlandaskan nafsu sahaja...
itulah dia penangan amarah.. Nauzubillah.

hmmm, Amal pula kalau dah geram sangat-sangat... adik amal akan cakap
" kak muka merah tu dia tahan marah dia la tu ".... dia sangat tahu kakak dia tengah marah..

tips version amal untuk hilangkan marah  adalah....

  • amal akan cakap dulu baik-baik dengan adik amal dalam 3,4 kali juga la... dalam hati dok istighfar je la supaya marah tu dapat di kontrol...
  •  tapi bila dah tak tahan sangat, cepat-cepat amal istighfar on the spot dengan suara yang adik amal boleh dengar la...
  •  then bila tak reda juga, cepat-cepat masuk toilet and ambil wudhu'.. lepas tu sambung istighfar..
  •  if tak reda lagi, ambil wudhu' lagi sekali..masuk bilik then cepat-cepat capai Al-Quran.. baca la surah apa-apa pun...

Alhamdulillah, berkesan...

itu cara amal nak redakan kemarahan amal la..tapi selalunya amal kalau marah, amal diam...
istighfar dalam hati je..hehehe
secara tak langsung, melatih kita sabar tau...
semakin kita dapat tahan amarah, semakin sabar kita dan semakin tenang menghadapi dugaan...
insyaallah...


"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. 
[ Ali Imran : 134 ]

ingatlah, marah itu datangnya daripada syaitan...
marah itu ibarat api yang sedang membara-bara dan seeloknya berwudhu' kerana dengan berwudhu' dapat menenangkan amarah itu..
malulah dengan Allah SWT kerana kita hanyalah manusia yang hina...

marah buat kita nampak hodoh..lagi hodoh daripada The Hulk .
dan perlakuan kita akan jadi lebih buruk dari binatang.
p/s - muhasabah diri sendiri juga..

Smile in Patience

Assalamualaikum...

Nowadays, need a lot....lot...and lots of patience...!!!
Why ??? Because dunia sekarang ni penuh dengan cabaran dan pancaroba (wahh ayat.. tak nak kalah )
Lagipun, sabar itu kan separuh daripada iman...
Jadi, tak salah kan kalau kita bersabar dan cuba bersabar instead of nak angin satu badan tetiba...

but..but..but....
sabar tak semestinya redha je dengan apa yang kita kena...
somehow we have to stand up for ourselves...
what people say,
- berani kerana benar, takut kerana salah -

ok, perlakuan dan decision depends on what we are faces...
jangan nak main hentam keromo je..
but what I know is  ' Patience is Worth '...
seriously, even you may not see the ..erm, apa ek perkataan tu ??
Ganjaran..yes, I hope itu perkataan yang sesuai...
dalam masa terdekat...
Insyaallah, pasti ada ganjaran yang Allah janjikan untuk hamba-Nya yang bersabar...


Bayangkan kita senyum seperti baby dalam gambar ni..
Masyaallah, indahnya ciptaan Allah ini kan.

Jan 12, 2012

Surat untuk Abah

Assalamualaikum...

Wow, for the first time kakak tulis surat untuk abah..even kakak pun tak pernah imagine akan buat ni one day.
hmm, ok..kakak ingat lagi yang mama dengan nenek ada bagitau kat kakak yang abah rushing balik Perak from Sabah time mama nak bersalinkan kakak...abah kerja sebagai army yang pangkalannya dekat Ipoh tapi that time mama cakap yang abah kena pergi Sabah for few months ( ingat-ingat lupa cerita tu ).. abah balik terus kat kampung mama dekat Teluk Intan..ohh, soo sweet.

Abah...
Kakak ingat lagi time abah decide nak pindah KL, abah amik keputusan untuk bersara awal dari army. mama dapat kerja kat sana and abah pun sama. kakak pulak, abah hantar dekat rumah orang jaga yang kakak panggil nenek... at the same time abah decide untuk masukkan kakak ke tadika.. abah cakap sebab kakak ni talkative sangat and suka ikut sama mama bila study, so itulah keputusan abah..hahaha...

Abah..
abah selalu belikan kakak apa je yang kakak nak..basikal la, mini scooter la and sikit pun abah tak pernah marah kakak.. dan kakak dulu-dulu sangat nakal..nauzubillah nakalnya...sampai satu hari tu kakak main dari pagi sampai petang tak balik-balik rumah..abah decide cari kakak and guess what, abah jumpa kakak tengah main kat padang. abah apa lagi, amik la ranting-ranting kayu yang agak tebal dan kukuh sabagai weapon ( wahh, gitu hah ) untuk menakutkan kakak.. kakak menangis teruk giler that time padahal abah sikit pun tak pukul kakak..betapa propa nyaa kakak..

Abah...
abah selalu pujuk kakak..kakak pula merajuk dengan abah teruk-teruk sampai few days tak cakap dengan abah.. abah pujuk kakak dengan bawak kakak pergi jalan-jalan. mama pula tegur kakak buat abah macam tu tapi kakak ignore je..lama-lama tu baru ok. abah cakap ego kakak tinggi sangat, kalah ego abah...huhuhu. pergi sekolah, tiap-tiap pagi abah hantar walaupun sekolah tu alahaii takda la jauh mana.. bila dah masuk sesi pagi, kakak berkeras nak basikal pergi sekolah..terpengaruh dengan kawan punya pasal...dulu time kakak kena kacau dengan sorang budak ni, abah pergi jumpa dengan budak tu sebab hari-hari kakak mengadu pasal budak tu..

Abah...
abah suka buat surprise untuk kakak..tapi kakak ni tak pernah nak ucap terima kasih kat abah..huhuhu..teruk lah kakak ni..!! banyak sangat abah dah buat untuk kakak..abah ajar kakak main boling, ajar kakak main sports laa.. homework kemahiran hidup kakak pun abah buatkan..hehehe. kakak ingat lagi abah nazar kalau kakak dapat 5A, abah nak botak kepala and sedekah kat anak yatim and Alhamdulillah, kakak berjaya dan abah pun berjaya tunaikan nazar...kakak gelak je abah botakkan kepala. rasa macam orang lain..hehehe.
bila kakak dapat tawaran MRSM dengan SMKA..abah tolak..abah tak bagi kakak duduk asrama. kakak protes habis-habisan..kakak tak cakap dengan abah..buat tak tahu je bila abah panggil..abah minta tolong..sebab kakak nak sangat duduk hostel.. tapi abah ganti dengan masukkan kakak kat sekolah kluster Sri Aman girl school.. kakak happy tapi still ada sikit lagi protes kat abah.. abah hantar, abah ambil...abah sangat sabar dengan kakak..bila kakak form 3, mama suruh masuk asrama sebab mama dengan abah kena kerja dekat johor..mama taknak study kakak teruk..so mama decide hantar kakak..kakak nangis-nangis mengadu kat abah...tapi abah cakap kakak kena ikut cakap mama.. kakak marahkan abah sangat-sangat...

Abah...
bila kakak dah masuk hostel, every week abah,mama dengan adik tengok kakak. mama ada bagitau kakak yang abah rindu dekat kakak sangat-sangat..tapi abah tak pernah cakap kat kakak. abah bagitau mama je..kakak terharu..kakak teringat yang kakak memang rapat dengan abah..apa kakak nak, semua abah cuba bagi..sebab kalau tak, kakak akan merajuk dengan abah..tapi, bila kakak masuk hostel, makin lama..kakak makin segan dengan abah...tak tahu kenapa...???

Abah,
family kta tak pernah amalkan budaya salam time raya..bila first time mama suruh kakak salam abah time raya, kakak gelak-gelak..kakak rasa awkward sangat...!! abah pun tergelak sama..pelik kot..hahaha..
second time pun sama jugak..sampai kakak lari-lari keliling rumah nenek tak nak salam punya pasal..hehehe.. even sampai dah besar sekarang pun, abah still cuba tunaikan apa je yang kakak suruh...

Abah...
kakak tahu, kakak tak pernah minta maaf dekat abah..sikit pun tak pernah...yang banyak kakak buat adalah merajuk..kakak selalu ego..kakak tak pernah cakap yang kakak sayangkan abah. tapi sebenarnya dalam hati kakak, kakak sayang sangat kat abah..sayaaaaannnggg sangat...
tiada siapa yang boleh menggantikan tempat abah..
tiada galang-gantinya kasih sayang yang abah bagi pada kakak...
kakak ni degil...ego...keras kepala...
tapi makin kakak besar, makin kakak mengerti kenapa abah banyak mendiamkan diri, tak marah-marah kakak...sebab abah nak kakak sedar sendiri tentang perbuatan kakak..
terima kasih abah..terima kasih sebab banyak bersabar dengan abah..
ohh, mama ada bagitau yang abah don't know how to handle his feeling nak melepaskan anak perempuannya ini bila dia sudah berkahwin... (abah, u totally make me cry)

hanya ini sahaja yang mampu kakak tulis untuk abah..kakak sentiasa doakan abah dunia dan akhirat.


daripada,
  Anakmu...

Jan 11, 2012

Nasihat Di beri kerana Sayang

Assalamualaikum...

Beberapa hari blog di biar tanpa sebarang updated walaupun bila online je, mesti view blog...
macam tak kena pulak...ye la, kadang-kadang rasa nak updated tapi takde idea...huhuhu
Insyaallah updated kali ni akan membawa manfaat buat amal dan viewers kat luar sana (^_^)

Pernah tak berlaku samada pada diri sendiri atau orang sekeliling yang bila someone bagi nasihat atau pendapat, they kinda cannot accept it ?? sure pernah kan.. tapi tak semua la yang cannot accept the nasihat.. ada juga yang terima dan ada yang menolak bulat-bulat...
tapi tak mengapa, sekurang kurangnya kita dah usaha kan...
dan JANGAN sesekali kita putus asa dalam usaha tersebut...

Imam Abu Hanifah ada beberapa nasihat tentang kehidupan :

  • jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan
  • jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa manjaga maruah
  • sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik
  • bercampur dengan orang tidak baik hannya untuk menyeru mereka ke jalan Islam
  • jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain
  • bersegeralah ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
  • jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebarkan rahsia yang diamanahkan
  • bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu
  • jangan banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan

Apabila ego semakin menebal di dalam diri, nasihat-nasihat yang baik di dengar endah tak endah..apatah lagi nasihat yang tak baik kan ( ada ke nasihat x baik ?? )
kadangkala, ego tu perlu direndahkan... ye la, orang menasihati bukan bertujuan nak tengok kita semakin hanyut kan..itu tandanya mereka mahu kita kearah kebaikan...
mahu dengar atau tidak terpulang, bukannya kena bayar pun...
tapi percayalah, mereka yang menasihati kita itu sedang melaksanakan tanggungjawab mereka untuk nasihat-menasihati, ingat-mengingati tanda mereka sayang pada kita...
bukan untuk mereka di luar sahaja, tapi juga untuk diri amal sendiri...

     " Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku untuk menerima nasihat-nasihat yang baik itu, permudahkanlah hatiku untuk menerima nasihat-nasihat tersebut dan mengamalkan perbuatan-perbuatan yang baik dan elok... "

Jan 9, 2012

Usia dan tanggungjawab..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah genap 9 Januari 2012 which is today amal berusia 22 tahun...
sedar atau tidak sudah 22 tahun amal berada di dunia ini...
Allah panjangkan usia amal dan akan amal gunakan sebaik mungkin untuk menjadi seorang muslimah yang solehah dan berjuang untuk agama..Insyaallah..

ramai teman-teman dan sahabat yang wish amal for my birthday melalui facebook..sms dan ada jugak yang call...Allahuakbar, amal bersyukur sangat dapat teman-teman seperti mereka..
tiada hadiah yang lebih berharga melainkan doa-doa daripada mereka semua..
hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan kalian semua...

bagi amal usia yang Allah tambah pada diri disertakan dengan tanggungjawab yang perlu digalas..
tanggungjawab kepada diri sendiri, kepada keluarga, kepada masyarakat dan kepada agama..
semoga diberi kekuatan untuk semua itu....

" Ya Allah, aku bersyukur dengan kepanjangan usia yang Kau berikan padaku ini...aku bermohon kepada-Mu ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menjaga martabat agama-Mu ya Allah, jadikanlah aku insan yang sabar dan tabah dalam mengharungi segala onak liku yang bakal ku tempuhi kelak, jadikanlah aku insan yang berguna kepada agama-Mu.. Ya Allah, jangan kau bolak balikkan hatiku ini ya Allah..jangan Kau tarik hidayah yang telah Kau petikkan kepada diriku ini..hanya Kau tempat ku memohon dan mengadu ya Allah..hanya pada-Mu ya Allah... "

Jan 8, 2012

Sifat Mahmudah & Sifat Mazmumah

Assalamualaikum...

Ya Allah, peliharalah hati dan diriku ini dengan sifat-sifat mahmudah dan jauhilah peribadiku daripada sifat-sifat mazmumah...

Imam Ghazali telah menggariskan sifat MAHMUDAH (terpuji) kepada beberapa bahagian :

  • Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
  • Takut kepada Allah SWT - perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya
  • Mahabbah - mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.
  • Zuhud - kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik
  • Sabar - perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
  • Syukur - bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
  • Ikhlas dan Benar - untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan nafsu dan kasih akan dunia.
  • Tawakal - tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah SWT setelah berazam. seterusnya diikuti dengan usaha.
  • Redha dengan qada' dan qadar - segala ketentuan Allah samada baik atau buruk diterima dengan syukur dan sabar oleh insan Mukmin.
  • Mengingati mati - sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. mereka itulah orang yang bijaksana.

Imam Ghazali juga menggariskan sifat-sifat MAZMUMAH (tercela) kepada beberapa bahagian :
  • Gemar makan dan minum - sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah  kerana terdorong untuk tertidur dan berehat.
  • Banyak berkata-kata ( yang sia-sia) - bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
  • Marah - berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang dalam menghadapi sebarang keadaan. ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.
  • Hasad dengki dan iri hati - lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.
  • Kasih pada harta- tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh Islam.
  • Takbur - antara sebab takbur adalah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).
  • Riya' - sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.
  • Ujub - sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada padi diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
  • Kasih akan dunia - hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
Sedaya-upaya berusaha untuk menghindari hati kita daripada didiami dengan sifat-sifat mazmumah.

Sumber : Majalah Gen Q

Waktu mustajab berdoa

Assalamualaikum...

Semakin kita dilimpahi dengan kemurahan rezeki dan kemewahan, semakin kita lupa pada-Nya..bukan semua begitu tetapi hanyalah segelintir sahaja...
bila di waktu susah kadang-kadang Ya Allah, bukan main berdoanya supaya dimurahkan rezeki, di permudahkan segala urusan..namun bila dimakbulkan doanya, Allahuakbar...lupa pada-Nya yang memberi rezeki...

Doa itu sebenarnya adalah senjata mukmin...
Allah mendengar segala doa kita dan janganlah kita sombong untuk berdoa pada Yang Maha Esa...

gambar hiasan daripada facebook
Allah SWT berfirman yang bermaksud :

" Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku "
( Surah al-Baqarah 2 : 186 )

Doa dipohon pada bila-bila masa...dan ada juga dipohon ketika waktu mustajab di mana pada waktu-waktu mustajab itu kemungkinan besar insyaallah akan dimakbulkan dengan izin-Nya..

Antara waktu-waktu yang dianjurkan berdoa :

  • waktu pagi sebelum terbit matahri dan setelah selesai menunaikan solat subuh
  • selepas setiap solat fardu lima waktu
  • antara solat zuhur, asar dan maghrib
  • antara azan dan iqamat atau selepasnya
  • ketika bangun tidur
  • selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  • ketika hendak masuk dan keluar masjid
  • antara takbir solat hari raya
  • dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah
  • ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  • ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  • ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain
  • tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran
  • ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan rasa gelisah
  • ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah
  • ketika hujan turun
  • ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  • sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur
  • ketika khatam al-Quran 30 juzuk
  • ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir 
sumber : majalah Gen Q

Jan 7, 2012

Jodoh itu rahsia Allah SWT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai berhalaqah pada siang hari di tepi tasik berhadapan Unisel Seksyen 7 nan indah itu...
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah dengan sinaran pancaran sang suria...
walaupun jauh berjuta-juta kilometer namun sinarannya serta bahang kepanasannya terasa seperti hampir dengan kita..Masyaallah, itu baru sahaja di dunia..bayangkan bagaimana pula di akhirat kelak di mana ada manusia yang dihidupkan semula dengan matahari hanya terletak sejengkal sahaja daripada kepala...
Allahuakbar... semoga kita semua dihidupkan semula dengan sinar nur-Nya...

isu semasa yang sering ditulis, di 'status' kan di facebook,twitter dan di mana-mana ruang pun adalah tentang cinta, perkahwinan dan jodoh..
tidak dinafikan dengan keadaan semasa sekarang, isu-isu tersebut sangat kerap diperbincangkan...pelbagai andaian, pemikiran dan buah fikiran di utarakan dalam isu tersebut...

jodoh...jodoh...jodoh...
ada apa dengan jodoh ??
seringkali ditanya kepada kaum hawa termasuk diri amal sendiri..

 " adakah kamu sudah berpunya ? "

kadangkala soalan tersebut dibalas dengan senyuman..dan kadangkala soalan tersebut dijawab dengan sejujur-jujur seikhlas hati...


 " wahai ukhti ku sayang..jodoh itu rahsia Allah. hanya Allah yang mengetahui jodohku. bagaimana aku berjumpa dengannya, bila waktunya dan di mana..itu semua terletak pada-Nya. aku hanya berdoa pada-Nya agar aku dipertemukan dengan jodoh yang sekufu denganku...yang mencintai Penciptanya lebih dari diriku...yang melabuhkan cintanya kerana Dia..dan aku berusaha menjadi muslimah yang solehah kerana aku tidak mahu suamiku itu menanggung terlalu banyak dosaku. aku tidak mahu menarik suamiku ke neraka.. aku mahu menjadi muslimah solehah sahaja kerana aku tahu Allah sedang mengaturkan seseorang buatku (^_^) "...



jangan pernah kamu malu dan segan jika kamu masih belum berpunya...Allah sedang mengaturkan sesuatu untuk dirimu..
berilah cintamu sepenuhnya pada Yang Maha Esa... jangan putus doa wahai ukhti ku...
Allah mencipta manusia ini berpasang-pasangan..


Surah Adz Dzaariyaat (51): 49

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah"


amal petik kata-kata daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi di mana :

" jika tepat masa, ketika dan siapa...cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya "

Usah gusar, usah risau...


Jan 2, 2012

Rencah hidup di hospital

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sudah masuk hari ke 5 amal bermastautin di HTAA @ Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan...so far stay di hospital Kuantan ni kinda berbeza dengan other hospital yang amal pergi..
the nurses ya Allah, sangatlah baik dan peramah...syukur sangat dapat mereka...
HO's and MO's also Alhamdulillah, they also good and very professional...

sepanjang ada kat HTAA nie, banyak benda yang amal nampak, lihat ( ok, sama meaning ) and belajar mostly..
experience yang sangat berharga...dan sebenarnya lebih kepada membawa diri kita lebih insaf dan bersyukur...

looking the nurses buat dressing towards my cousin and imagine how was my feeling looking at it (the inner structure - muscles, tendon and bone ) Masyaallah, bukan rasa takut tapi Subhanallah, begitu cantik Allah ciptakan tubuh badan manusia ini even amal just tengok area lengan... suddenly all the medical terms i learned dulu keluar semula setelah agak lama tak gunanya..hehehe. ok, itu hikmahnya di hospital ini..

tatkala ada kematian di mana-mana wad pun and kebetulan Allah nak tunjuk depan mata Amal, ya Allah...hati jadi sayu dan timbul rasa keinsafan pada diri.
Mati itu adalah pasti dan kematian itu tidak mengira di mana anda berada, berapa usia anda dan bagaimana kematian anda...
Mati itu sentiasa dekat dengan kita..

" Ya Allah, matikanlah diriku ini dalam iman yang tetap pada-Mu..matikanlah diriku dalam cahaya kasih-Mu..matikanlah diriku dalam kebaikan-Mu. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku kembali setelah Kau ciptakan diriku ini ".

janganlah kita meratap kematian insan yang telah pergi..doakanlah agar mereka dihisab sebaik mungkin..Insyaallah..

kita yang sihat ini seharusnya bersyukur dengan kesihatan yang telah Allah beri pada diri kita..ya betul kadang kala Allah duga kita dengan kesakitan but then jangan kita merungut dengan kesakitan tersebut..
Ingatlah, sakit itu penghapus dosa..Allah sedang menghapuskan dosa-dosa kita yang telah kita lakukan..
Subhanallah, lihat betapa Allah sayangnya pada kita..
Jangan kita marah kepada Allah kerana kita diberi dugaan yang sedikit itu..
contoh Uwais al-Qarni yang tidak pernah merungut dengan tentang penyakit sopaknya...malah dia sangat sabar dan dalam masa yang sama menjaga ibunya yang sudah uzur...
Semoga kita diberi kesabaran seperti Uwais al-Qarni...

* bila melihat keadaan di hospital, semakin hatiku bertambah kuat untuk meneruskan impianku itu. Ditambah dengan semangat serta sokongan keluarga dan sahabat, akan ku cuba untuk merialisasikan impianku  itu yang telah kubina sedari kecil..Insyaallah.