Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Mar 31, 2012

A word from mama..

Assalamualaikum..

Mama's Said...

" we cannot satisfy everyone and sometimes we also cannot make ourselves satisfied. Yes, people make mistake.. so do you. But remember, don't let it chase and haunt you. wake up and learn from the past. ask forgiveness from Allah SWT.. Allah tu kan Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pengampun.. Trust Allah..have a faith on Him because He is everything to us..to you.. 

kita tak boleh nak stop orang lain daripada  menilai kita.. baik ke keadaan, buruk ke cara kita.. tapi Allah pun pernah berkata dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang Allah tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menghadapinya. mama know you can face it. not only mama, abah pray for you.. kawan-kawan kakak pun doakan kakak. Insyaallah, Allah akan bantu kakak go through this thing..

leave it to Allah.. you tried your best and yet it doesn't work.. and sekarang, kakak berdoa saja. and Never stop praying to Him.."




# kakak akan sentiasa ingat pesan mama. thank you mama because sentiasa ada bila kakak ada masalah even kakak selau tak nak bagitau mama masalah kakak.

p/s - to adik, thank you sebab bocorkan rahsia ni dekat mama (^_^)

Mar 30, 2012

Buat Peserta Global March to Jerusalem (GMJ)

Assalamualaikum...


a share from blog sis suhaila about GMJ...


Teruskan memuji Allah S.W.T dan teruskan berselawat ke atas Nabi yang kita cintai Mohammad S.A.W.

Jangan lupa untuk mendoakan para sahabat baginda, ulama, auliya’ dan para solihin. Guru-guru kita seperti Imam Hasan al-Banna dan ibu bapa kita serta kaum keluarga dan sahabat handai, tidak wajar dilupai dalam setiap doa harian kita.

Selepas Hijrah, baginda dan para sahabatnya sentiasa berusaha membangunkan Madinah agar menjadi Negara yang menjadi contoh kepada alam. Negara Khalifah itu sangat penting bagi membuktikan itulah antara kemuncak dakwah dan risalah yang dibawa baginda S.A.W.

Walaupun setiap peperangan Badar, Uhud atau Khandak merupakan ibadah besar ketika itu, namun baginda memahami memberhenti dan mengelakkan peperangan akan memberi ruang yang lebih besar untuk membina Madinah dan meyebarluaskan dakwah mulia itu.

Lalu baginda memimpin para sahabat menongkah arus peperangan, kepada persiapan melaksanakan ibadah umrah ke Mekah pusat musuh utama ketika itu. Ini menempah pelbagai risiko.

Kebijaksanaan membuat musuh mengelabah, samada menghadapi rombongan Umrah dengan membunuh mereka atau membenarkan masuk, satu hikmah yang perlu kita pelajari.

Seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mengutuk pemimpin Quraisy sekiranya mereka membunuh Nabi S.A.W dan para sahabat yang datang dalam keadaan berihram. 

Di satu keadaan lain pula, seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mentertawakan pemimpin Quraisy. Kerana, membenarkan mereka yang diperangi dan yang pernah dihalau dari halaman mereka itu kembali bebas masuk ke Mekah mengerjakan Umrah.

Kebijaksanaan ini pernah kami contohi dalam usaha Marvi Marmara membuka medan perjuangan di bumi Gaza. Memang kita tidak mampu mengawal kerajaan haram zionis itu. Tetapi Marvi Marmara telah membuka dan mencelikkan mata dunia untuk terus membantu Gaza.

Marvi Marmara telah membuka medan baru, untuk rakyat Malaysia. NGOnya dan pemerintahnya bersama-sama gigih membantu Gaza.

Kini giliran Masjidil Aqsa di Tebing Barat, Palestin. Kita seluruh rakyat melalui 4 Ngo besar Palestin: Aqsa Syarif, VPM, MAPIM dan ABIM beserta NGO-NGO lain mengirim 23 orang sukarelawan ke sana. 

Pesanana saya buat mereka:

• Bersihkan niat anda. Anda ke sana untuk mewakili kami memasuki Masjidil Aqsa dalam keadaan aman dan damai. Anda bayangkan perasaan sahabat yang menyertai rombongan umrah sebelum perjanjian Hudaibiyah itu. Pastinya ada risiko. Tetapi ia penuh dengan hikmah.

• Pemergian anda adalah mewakili perjuangan untuk mengembalikan hak orang Islam melakukan Ibadah di Masjidil Aqsa dalam keadaan bumi Palestin bebas merdeka. Perjuangan untuk Masjidil Aqsa sejak dahulu lagi mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia termasuk DYMM Yang Dipertuan Agong serta seluruh Sultan-Sultan Tanah Melayu. Perdana Menteri Malaysia dan ahli kabinetnya. Menteri Besar dan ketua-Ketua Menteri Kerajaan Negeri, kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

• Pelbanyakkan solat hajat, membaca al-Quran, puasa, zikir dan doa. Antara tasbih yang saya pinta kepada beberapa kalangan anda yang sempat saya temui ialah:


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

• Saya yain pihak penganjur dan tuan rumah di Jordan telah berusaha dengan pelbagai cara untuk membawa anda masuk ke sana dengan aman. Dengar dan patuhi segala arahan mereka dengan baik.

• Sekiranya anda dibenarkan masuk ke Masjidil Aqsa, bersujud syukurlah kepada Allah S.W.T. Pacakkan “bendera” perjuangan kita di sana, tanda yang jutaan ummat Islam akan berbondong-bondong ke sana dalam keadaan Masjid itu merdeka bebas dari cengkapan pemerintah haram zionis Israel itu.

• Kemungkinan kedua, anda akan dihalang. Samada pemerintah Jordan tidak benarkan anda keluar melalui sempadannya atau Komando Israel menghalang anda masuk selepas anda melepasi sempadan Jordan. Ketika itu anda akan sedih, berdukacita dan marah. Rakamkan perasaan anda itu untuk dihebohkan ke seluruh dunia, bahawa anda dinafikan hak anda dan hak seluruh penduduk dunia.


Kami hanya menantikan dari anda dua perkara sahaja:

Kepulangan anda dengan selamat; dan kami dapat menyambut anda dengan merasakan basah dari peluh dan titisan air mata seorang pejuang

ATAU

Menghidu keharuman darah syuhada’ yang mengalir keluar dari jasad anda


Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Pengasas dan Mantan Pengerusi Aqsa Syarif
Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia




Mar 27, 2012

Sabda Rasulullah SAW...

Assalamualaikum...

- dengki dan irihati biarlah pada tempatnya -

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Tidak boleh iri hati melinkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkan kepada orang lain".
( HR Bukhari )

- cemerlang di kalangan Syaitan -

dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah ( mengacau atau membawa bencana untuk ) umat manusia. Maka sesiapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya ( terhormat ) di kalangan mereka ".
( HR Muslim )


Berubah ke arah yang lebih baik : Hidayah dari Allah SWT

Assalamualaikum...

hidayah itu milik Allah SWT dan Allah akan turunkan hidayah pada sesiapa sahaja yang dikehendaki tak kisah la orang tu macam mana.. hakikat manusia itu berubah kerana hidayah daripada Allah dan keazaman yang mendalam di dalam dirinya...

mungkin ramai orang yang akan tanya... kenapa tiba-tiba berubah ?? buang tebiat ke apa ??? soalan-soalan macam tu biasa la akan diajukan.. ye la, ada orang tak suka orang lain berubah ke arah kebaikan.. kalau boleh dia nak orang tu duduk di takuk lama je.. ohh manusia~ kita tak boleh nak satisfy kan semua orang... apa yang kita boleh buat cuba yakinkan diri dan percaya semua yang terjadi ini ada hikmahnya. yakin pada Allah and you will never regret it...

orang yang berubah ke arah kebaikan especially dugaan dia memang banyak namun disebalik dugaan tersebut Allah beri dia kekuatan yang luar biasa.. akan menjadi lebih sabar ditambah pula dengan kawan-kawan yang menyokong dia.. memang awesome ^^ biar seburuk mana orang nak jatuhkan dia, seteruk mana dia di fitnah.. Allah lebih tahu tentang kebenaran tersebut...

bila seseorang itu berubah, mungkin cara dia bagi pendapat pun berubah.. tak sama macam sebelumnya.. cara percakapan dia berubah, pergaulan itu berubah dan banyak lagi yang Allah pelihara.. one word ALHAMDULILLAH.. kerana dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali...


Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala:


 Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri. 

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...” 

( HR Muslim )
 

Api lawannya Air

Assalamualaikum...

malam-malam layan lagu dari irfan makki feat maher zain - I believe lepas tengok tv cerita SVU-special victim unit dekat astro ( lupa pulak nama apa chanel tu tapi siaran 702... ) best cerita tu...!! dia tentang special unit ni deal with cases about orang yang kena rape, murder and how they catch the bad guy.. kadang lepas tengok SVU ni terus amal tukar AXN pula sebab CSI..hehehe. memang peminat setia cerita-cerita gini ^_^

opsss, berbalik pada tajuk ya. terfikir  pasal sifat marah-marah ni... marah ni umpama api bagi amal. and kita nak deal dengan 'api' ni tak boleh pakai belasah je.. silap hari bulan, 'api' ni makan diri balik...huhu. bila api dengan api maka makin maraklah api tersebut dan boleh menyebabkan rentung tahap maksimum dan susah untuk pihak CSI nak identify punca dia...hehe.. jadi nak elakkan api jadi makin marak, kita simbah la air kat api tu ( simbah ??? betul la kot ) dan insyaallah api tu akan padam..

sama la dengan konsep marah.. marah ni jika kita tak boleh control, boleh jadi sangat... ya Allah tak terbayang rasanya kot.. dan akibatnya sangat dasyat.. Nauzubillah minzaliik.. bila dah marah tu, agak kritikal nak cool down semula..huhu. bila dah marah tu, mula la cakap merapu meraban, dah tak fikir baik buruk dah sebab dah dipengaruhi dengan nafsu amarah.. syaitan pun bersorak happy.. bila dah reda barulah rasa menyesal sebab tak dapat nak tahan marah tadi...huhu

bila orang marah kita, kita jangan sama-sama marah juga even dalam hati rasa dia tu kecik besar kecik besar je.. cuba sebaik mungkin untuk sabar.. kan sabar itu separuh dari iman ^^ biarlah orang yang marah kita tu lepaskan marah dia tu.. lepas dah habis semua, cuba kita balas dengan cara yang baik..x payah marah-marah.. cakap macam biasa je.. Insyaallah orang yang marah kita tu akan lembut hati. balas dengan kebaikan.. insyaallah Allah akan bantu kita... macam kes api dengan air tadi la. jangan kita marakkan lagi marah dia... kita baik-baik je balas semula marah dia tu..

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW:
 "berwasiatlah kepadaku" dan Rasulullah SAW pun menjawab "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah". orang tersebut mengulangi pertanyaan beberapa kali. Rasulullah SAW menjawab "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."

( HR Al-Bukhari )

Rasulullah sendiri berpesan janganlah menjadi seorang yang pemarah. bukan bermaksud tak boleh marah.. boleh tapi biarlah marah itu marah yang dituntut dalam Islam seperti yang bertujuan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau marah sebab mahu membantu orang-orang yang dizalimi.. 

jadi sama-sama kita cuba mengelak untuk marah yang mengikut hawa nafsu supaya tiadanya kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kita tengah marah itu..

api lawannya air

marah lawannya sabar

gambar hiasan

Mar 25, 2012

kita milik Allah S.W.T

Assalamualaikum....

bila hati dan perasaan melebihi iman dan akidah, fikiran yang waras pun boleh jadi tak betul dan huru-hara... setiap perbuatan semuanya main pakai ikut sedap je... 
tak fikir dah mana baik mana buruk.. tak fikir dah balasan Allah.. tak fikir dah akibatnya...
ikut hawa nafsu je semua... rasa seperti dunia ni aku yang punya.. buat apa yang aku suka..

excuse me.... diri kita, tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita, haiwan di taman-taman, langit dan tanah serta air sungai dan apa sahaja yang kita nampak bukan milik kita ya..
termasuk keluarga, suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara, sepupu sepapat...
semuanya bukan milik mutlak kita ya.. 

WE NEVER OWN THEM

semua itu milik Allah SWT sepenuhnya... kena sentiasa ingat tu.. bukan bila dah dapat tu, and bila Allah ambil dia kembali atau lepaskan dia daripada diri kita... mula lah kita nak naik angin, tak puas hati..
and otak pun mula berfikir nak menjatuhkan orang lain la.. nak porak perandakan hidup orang la.. nak mengaibkan orang la.. JANGAN YA (^_^)

cuba kita bayangkan bila kita buat macam tu, satu hari nanti perkara yang sama terjadi pada orang yang hampir atau orang yang kita sayang.. apa yang kita rasa ?? masyaallah, tak terbayang rasanya jika perkara yang tak baik terjadi pada insan tersayang.. time tu mula la nak minta tolong pada Allah.. minta ampun semua.. fikirkan dan renungkan... 

Doa orang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah SWT ya.. tak takut ke ??

Allah bayar cash sekarang ni.. ya Allah, gerunnya bila mendengar. murka Allah pada perbuatan yang tidak baik yang dah kita buat tanpa minta keampunan daripada-Nya... kita buat jahat, buat onar, aniaya orang tanpa ada rasa malu dengan Allah.. 
Ya Allah, berdosanya kita pada Allah..!!! malunya pada Allah...!!!!

daripada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.. yang dekat dengan kita itu mati.. kita tak tahu bila malaikat Izrail akan cabut nyawa kita. cuba la kan time kita tengah buat perkara yang tak baik, malaikat cabut nyawa kita.. 
ya Allah...!!!
 taubat pun tak sempat.. minta ampun dari Allah pun tak sempat... 
moga kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menebus kembali kesalahan kita...

jadi sebelum kita nak buat something yang tak baik kat orang tu, fikirlah sebaik mungkin.. fikirlah dengan akidah dan agama yang Allah dan bagi pada kita.. yang kita dah pelajari daripada ustaz ustazah, ibu bapa kita.. sayang kalau tak gunakan apa yang Allah beri pada kita ni dengan baik.



Mar 17, 2012

Quick share 12...

Assalamualaikum...



Sabda Rasulullah SAW...

Assalamualaikum...

" Tidak ada dua Mukmin yang berjumpa, kemudian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua akan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum berpisah ".
( Riwayat Muslim )


" Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu... Lalu disembunyikannya, maka orang itu di hari kiamat kelak akan dikekang dengan kekang api neraka ".
( Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )



Saya mahu berubah...!!!

Assalamualaikum...

SAYA MAHU BERUBAH…!!!

Fuhh..bukan senang ungkapan tu nak diungkap. 
Memerlukan satu iltizam dan semangat yang kuat.. tapi, sekadar semangat je jalan juga.. mestilah besertakan dengan usaha yang gigih.. lagipun, jika mahukan sesuatu, bukankah kita digalakkan untuk berusaha.. Allah pun suka hamba-Nya yang berusaha ^^

Berubah ni banyak maksudnya.. 
berubah dari tidak bertudung ke bertudung, dari tidak menutup aurat ke menutup aurat, dari seorang yang pemarah ke seorang yang penyabar, dari seorang yang de’motivated’ ke motivated dan banyak lagi perubahan yang boleh dilakukan. Tapi yang pasti biarlah perubahan itu kea rah kebaikan.. lagipun kita disuruh  untuk berubah kea rah yang lebih baik untuk mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT..  setuju tak ??

dalam kita berusaha nak berubah tu, tak kurang juga ada yang cuba men'down'kan kita.. ada yang kata "hangat-hangat tahi ayam je tu"..."cakap je lebih tapi nanti ke laut jugak"... apa kena mengena nak berubah dengan ayam ?? dengan laut ?? biarlah apa orang sekeliling nak berkata apa pun, yang penting Allah tahu apa yang kita lakukan, apa yang kita mahu. Insyaallah Dia akan membantu hamba-Nya yang mahu berubah..     sebenarnya 10 yang datang men'down'kan kita, 100 yang datang men'support' kita untuk berubah..  tapi jangan sekadar omongan kosong ye.. sila bawa masuk effort jugak dalam maksud ' nak berubah '... 

sedar atau tidak yang sebenarnya kita ni lebih kuat daripada yang kita sangkakan ?? lebih dari mampu untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan ?? yes..!! kita mampu sebenarnya kerana dibantu oleh Allah SWT. bantuan dari Allah SWT itu melebihi segala-galanya kerana Allah itu al-Jabbar ( Maha Perkasa )..

niat + effort + doa kepada Allah SWT = kejayaan (insyaallah)

mungkin ada yang kata kita hipokrit.. hipokrit ke ?? tepuk dada tanya iman... adakah kita hipokrit atau tidak... yang penting adakah kita hipokrit pada Allah ?? selagi kita bersungguh dan yakin dengan keputusan kita untuk berubah, ditambah pula dengan sokongan daripada mereka yang lain ( tak kira keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja ), insyaallah ...

pucuk pangkal pada diri sendiri. samada kita mahu atau tidak berubah... yakin pada Allah dalam apa jua yang kita mahu lakukan.. biarlah orang nak kritik kita pun.. yang penting kita sabar dan istiqamah dalam berubah, insyaallah... pohonlah pada Allah SWT. Allah itu Maha Memelihara, menjadi pelindung diri kita..  berkenalan dan bertemanlah dengan Allah.. jadikan Allah sebagai 'rakan' yang paling dekat dengan kita... Allah mengambil kira setiap perbuatan baik dan setiap perkara tak baik yang kita lawan walaupun ia cuma sekecil biji sawi sekalipun.

janji Allah kepada mereka yang beriman dan dan percaya dengan sepenuh keyakinan yang ada dalam dirinya menerusi firman-Nya yang bermaksud:

" Ingatlah wahai wali-wali Allah itu tidak ada rasa takut kepada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Wali-wali Allah itu ialah orang yang beriman serta sentiasa bertakwa ".
( Surah Yunus 10 : 62 - 63 )

# inspired with sis Wardina Safiyyah...
   
from her :
alangkah bahagianya jika boleh mengucapkan selamat tinggal dosa! katakan kepada diri :
" Saya diciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran "
( Gen-Q vol. 02 : isu 08 )



Mar 15, 2012

pictures & stories

Assalamualaikum...

riding a bike with a bag full of flowers along the beach.. along the peaceful and calmness surrounding.
see His creation, only one word can express everything..
" SUBHANALLAH "


life is full of colour. filled in every inch of words, attitude, smile, and anything that connect with life.
live.laugh.love 
only because / for
 HIM


appreciate things around us. small, big..sweet,sour..up, down...close, away...
by following His guide al-Quran and as-Sunnah
to get only His bless
ALLAHUAKBAR


search for it and when get it, hold it tight in our heart
it's a grace from Him to us but most important is 
HIS LOVE

Pintu dan Senjata

Assalamualaikum...


syaitan / iblis.. tujuan di muka bumi hanyalah satu... 
oleh kerana sikapnya yang angkuh dan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s apabila diperintahkan oleh Allah SWT, iblis telah dimurkai dan dilaknat oleh Allah SWT.. 
atas kejadian tersebut, iblis telah meminta agar umurnya ditangguhkan sehingga hari kiamat dan berjanji di hadapan Allah SWT untuk menyesatkan keseluruhan umat manusia kecuali mereka-mereka yang ikhlas kerana Allah SWT..

betapa berazamnya iblis untuk menyesatkan manusia-manusia ini. pelbagai strategi dan tipu daya yang dirangka dan digunakan terhadap manusia...
 sebenarnya di dalam diri kita sendiri ada pintu-pintu iblis / syaitan tanpa kita sedari.. sebanyak 15 pintu syaitan ada di dalam diri kita..
ya Allah, banyaknya dan kita tidak sedar akan sesetengah itu...!!!

15 pintu syaitan yang ada dalam diri kita

  1. pintu amarah
  2. cinta akan dunia
  3. enggan menghadiri majlis ilmu
  4. panjang angan-angan
  5. rakus / gelojoh
  6. bakhil / kedekut
  7. suka akan pujian
  8. riak
  9. ujub (mengagumi diri sendiri)
  10. takut &gelisah
  11. buruk sangka
  12. memandang rendah akan orang lain
  13. suka pada dosa
  14. merasa aman dengan pembalasan dari Allah
  15. putus asa dengan rahmat Allah
walaupun begitu, terdapat juga senjata untuk kita menghalang syaitan dari terus-terusan menyesatkan kita..

15 senjata menghalang syaitan
  1. membaca Bismillah (merupakan kunci pada perbuatan baik)
  2. banyakkan berzikir
  3. banyakkan beristighfar
  4. bacalah " lailahailla anta subha naka inni kuntum minaz zholimin "
  5. jangan tidur berseorangan
  6. baca doa pagi dan petang
  7. bersugi
  8. melaksanakan solat secara berjemaah
  9. berwudhuk sebelum tidur
  10. menutup aurat
  11. membaca doa masuk tandas
  12. banyakkan berselawat 
  13. bertaubat
  14. banyakkan membaca al-Quran
  15. membaca surah Yassin setiap pagi

insyaallah jika kita lakukan dengan istiqamah dan berterusan, Allah pasti membantu hamba-Nya.




Mar 14, 2012

Doa...

Assalamualaikum...


" Ya Allah cantikkanlah akhlak kami seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW.. tenangkanlah hati kami bagai tenangnya air di tasik.. dan serikanlah wajah kami bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."



Solat : terabai jika mengabaikan

Assalamualaikum...

belek-belek buku GenQ sambil dengar lagu nasyid... kemudian ternampak satu tajuk yang menarik tentang solat.
baca sampai habis then decide nak berkongsi sama anda semua ^^.

solat.. solat itu tiang agama. tanpanya, maka tidak kukuh agama kita dan bila tak kukuh, maka robohlah agama kita. macam rumah jugak.. kalau tiada tiang, rasanya tak jadi rumah kot..

Firman Allah SWT dalam surah al-Muddathir ayat 40-43 yang bermaksud:

" (mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata) , ' Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar ?' orang-orang yang bersalah itu menjawab, ' kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.'"

terdapat 4 keadaan dan waktu seksaan bagi orang yang meninggalkan solat.. waktu tersebut adalah seksaan di dunia, seksaan ketika nyawa di penghujung, seksaan ketika di dalam kubur dan seksaan di hari kiamat.. total seksaan untuk 4 keadaan ini adalah 15.

Seksaan diterima di dunia :

  • usianya tiada keberkatan
  • dihilangkan tanda-tanda soleh daripada wajahnya
  • tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan
  • doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah SWT
  • semua makhluk di dunia membencinya
  • tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh

seksaan ketika nyawa di penghujung :
  • matinya dalam kehinaan
  • matinya dalam keadaan yang terlalu lapar
  • matinya dalam keadaan yang sangat dahaga

seksaan ketika berada di dalam kubur :
  • kuburnya disempitkan
  • dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan
  • ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat

seksaan di hari kiamat :
  • malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka
  • mendapat kemurkaan Allah SWT yang amat hina
  • Allah SWT akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka

Ya Allah, begitu dasyat kan seksaan apabila kita meninggalkan solat. sakitnya terhadap seksaan tu, tak tergambar bagaimana..
Nauzubillah min zalik.. moga kita semua dijauhkan daripada seksaan-seksaan tersebut..



mari kita sama-sama menjaga solat kita ^^


Mar 13, 2012

Life is a test...

Assalamualaikum...


life is a test...yup, a test from Allah. sabar dengan dugaan dan cabaran yang datang. bersyukur pada-Nya apabila rezeki atau kejayaan diperolehi.. Alhamdulillah ^^.

tak susah kan nak sebut alhamdulillah.. al-ham-du-lillah. terima kasih Allah kerana telah memberi aku kejayaan, rezeki dan apa sahaja yang membawa ke arah kebaikan dan keredhaan-Nya. kadang kita manusia ni selalu lupa nak ucapkan alhamdulillah. sebutlah walaupun rezeki yang hadir dan diberi oleh-Nya itu hanya sekecil semut. apa pun, ia tetap rezeki kan ^^

contoh la.. rumah A beri kita duit raya rm 10 and rumah B pula beri kita diut raya rm 1... confirm kita akan kata rumah B kedekut kan. tambah-tambah pula rumah B tu lagi besar dari rumah A.. bertambah-tambah la mulut tu berkata-kata yang tidak berfaedah. tapi cuba kita stop sekejap and fikir, banyak ke..sikit ke.. itu still rezeki. jadi kesimpulannya, alhamdulillah.. bak kata masyarakat zaman sekarang, okey la daripada tak dapat langsung.. 

 dan bila kita ditimpa kesusahan baik besar ataupun kecil, hendaklah kita sabar. redha dan cuba cari penyelesaian. jangan pula buat penyelesaian yang mcam suicide sebab itu bukan penyelesaian namanya.. suicide sudah la hukumnya berdosa besar, mahu pula ambil cara tu sebagai penyelesaian. Astagfirullahalzim...!!! sama sekali dilarang dalam islam. Allah kurniakan kita akal dan fikiran untuk kita berfikir sewaras mungkin. jadi gunalah sebaik mungkin kurniaan Allah itu ye.. 

kadang bila ditimpa musibah, instead of sabar..kita cari kesalahan orang lain pula. no..!! no..!! tidak perlu begitu ye. cuba kita renung dalam-dalam diri kita. mungkin salah itu daripada diri kita sendiri. cuma kita je yang tak sedar. nobody perfect except Allah. 

don't think life is already end. jika masih bernyawa, dipanjangkan umur dan masih bernafas pada esok hari, ucapkan Alhamdulillah dan berazam akan menjadi yang lebih baik daripada semalam. insyaallah Allah akan membantu kita. 


# in certain cases, silents speaks louder than words.. (^_^) myself opinion

Mar 11, 2012

Bila diri teruji...

Assalamualaikum...

Redha bukan hanya perlu ditunggu atau dinanti...
redha itu perlu dicari...
dalam mencari kita terkadang diuji...
tanpa kita sedar...

bila ujian itu hadir, cubalah dengan cara ini...

  • caci disambut dengan senyuman
  • penghinaan ditangkis dengan lemah lembut
  • kemarahan dibalas dengan diam
  • kejahatan dibalas dengan kebaikan

jangan kita biarkan dendam menyelubungi hati kita...
kelak ia akan memakan diri..

belajar untuk menjadi seorang yang pemaaf agar hidup sentiasa tenang ...
Insyaallah...


Mar 8, 2012

Appreciate them before its too late (specially for moms)..

Assalamualaikum...

kadang kita selalu selalu tension, merungut bila ibu, mama, ummi atau apa saja panggilan kita pada insan yang telah melahirkan kita bising-bising, membebel....
rasa macam nak keluar je dari rumah kejap then bila dah reda semua, masuk balik...
aduhaii anak-anak (including me as a child)...
mereka buat begitu bersebab.. tanpa sebab, rasanya tak jadi gitu..
for our own sake juga sebagai anak-anak mereka ^^

lets take a moment and think about them...
mereka bawa kita di dalam rahim mereka selama 9 bulan 10 hari without any complaint...
carry us when they performing solat, when their driving, when their have meeting with client and more..
but what we done for them ??
nothing.. yang ada cuma complaining, arguing...

they had morning sickness for 3 months (average time)....
tak lalu makan, muntah-muntah dan macam-macam lagi...
even ada yang sampai kena rehat je during their morning sickness...
tapi kita pula..???
bila mereka sakit and minta tolong, cepat-cepat kita lari masuk bilik...
buat-buat tak dengar bila ibu panggil...

mereka tak pernah kisah badan mereka jadi gemuk during their pregnancy...
tak kisah apa orang nak cakap pun...
tapi kita....??
increase weight sikit dah blame diorang sebab masak macam-macam...
like everything is her fault...

they treat us with full of heart...
love us so much sampaikan nyamuk gigit kita pun mereka marah..
willing to do anything to save us.... protect us from any danger...
but us..??
biarkan saja mereka..
bila kena tegur sikit, more than 10 words came out from our mouth..
like everything they said is killing you...

tapi...
bila mereka dah tiada lagi di dunia..
kita akan berfikir dan menyesal...
" how could I do that to her...!!! " , "ya Allah, menyesalnya aku..!!"..
regret till the end of our life...

baru sedar setiap kata-kata mereka itu ada maksudnya..
ada sebabnya.. semuanya kerana kasih sayang mereka pada kita...
anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT...

if your mom still with you...
pergi pada mereka.. give them a hug and kiss..
and don't forget to say " I love you "...
hormatilah mereka.. taatilah mereka.. bahagiakanlah mereka..
tiada yang lebih menggembirakan hati mereka sebagai insan yang telah melahirkan kita ke dunia apabila kita bahagia dan gembira..
even mereka berlainan agama dengan kita..
yet, you still need to see them.. love them.. respect them..

Dari Asma' binti Abu Bakar r.a katanya: ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata: 
"Ya Rasulullah ! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?" Jawab Rasulullah SAW " Ya boleh ! Berjumpalah dengan ibumu."

(HR Muslim)

bagi yang telah meninggalkan kita...
pray for their happiness there..
may Allah shower His blessing for her..

Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

* al-Fatihah buat mereka yang telah pergi *