Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Feb 29, 2012

Allah kan ada...

Assalamualaikum...

bila jadi something yang tak diduga, tak dapat apa yang dihajati.. mesti rasa give up.. rasa down sangat-sangat.
feel like the world turns dark...
and between the dark, there is a light.. like snapping your finger tips..
POPPSSS...!!!
wake up call arrived and suddenly realized that you shouldn't feel that way...

sapa cakap takde sinar..cahaya ???
sentiasa ada...
Allah kan ada.. He always there for us...
kita je as a human being ni rasa macam tiada tempat , tiada sapa lagi yang kita ada lepas semua yang jadi...
clueless, blur-less, downless dan bermacam-macam less lagi la..

ada juga yang thinking about getting a suicide...
ohh, seriously jangan buat.. it a SIN..!!!

bila senang, bahagia.. lupa syukur pada-Nya...
bila berada dalam kesusahan, kesedihan... baru minta pada-Nya.. baru cari Allah..

bila diri dalam bahagia, kemewahan and suddenly diuji..
jadi muflis, papa kedana (nauzubillahi minzalik)....
rasa hilang arah tujuan.. lost sangat-sangat..
some people called it ' karma ' ...
we called it what ???
terpulang nak cakap apa.. tepuk dada tanya iman..

sentiasa ingat, Allah itu wujud.. Allah itu ada.. Allah itu sentiasa memerhati kita...
bila susah, bila buntu.. jangan cepat give up ye..
sebab...
Allah kan ada (^_^)

Feb 23, 2012

Terima kasih, xie xie, thank you ...

Assalamualaikum...

kadang kala kita hampir hilang kesabaran apabila ada yang mengutuk, mengata, dengki dan berbagai lagi perkara yang boleh mencetuskan kemarahan..
even bukan diri sendiri yang dikutuk tetapi mereka yang hampir dengan kita pun boleh buat kita terasa hati dan hilang sabar..huhu
benar, sabar itu ada hadnya.. ada tahapnya..
rasanya semua orang pernah cuba bersabar walaupun sebentar.. cuba mengawal perasaan amarah yang sipi-sipi je lagi nak meletops..!!

sabarlah dan jangan lupa ucapkan terima kasih.. xie xie.. thank you atau apa saja yang sewaktu dengan maksudnya pada mereka yang berbuat demikian..
ye la.. sebab telah menambahkan pahala pada diri anda..
telah menjadi anda semakin sabar ...
telah menjadikan anda seorang yang bisa mengawal perasaan nak meletopss itu..
Alhamdulillah dan hadiahkan senyuman yang paling manis pada mereka ^^

ini hanyalah sekadar pendapat amal. dan bukan untuk membuatkan tahap suhu sesiapa pun naik. everyone has their own thought and opinion right ? so, this is just from me. ini juga untuk peringatan pada diri saya juga (^_^)

" Sabar itu separuh daripada iman. jadi, tak rugi kalau kita bersabar ^^ "



Feb 21, 2012

Exam mode : too much too less

Assalamualaikum...

time tengah settlekan masalah add maths tadi tiba-tiba teringat moment-moment exam sepanjang bergelar student... ye la, memandangkan sekarang ni sudah tidak bergelar pelajar (but hope soon..insyaallah)..
apabila semua orang dalam mod exam... first and second week dah start struggle..
some of them jadi pendiam and serious whole time. even makan pun dah tak ingat kecuali bila perut dah berlagu-lagu ^^
my type of study : never stay up, wake up early.. hahaha. memang sejak zaman sekolah lagi tak boleh stay up. penah sekali amal nak stay up dengan deskmates.. ok, beli nescafe untuk tahan mata la kononnya. habis prep 10.30pm, we both packing up our bags and bawak la buku yang kami nak study balik dorm memandangkan we're not only deskmates, we are also dormmates and katil sebelah-sebelah ^^
but unfortunately, we mess up everything. lepas je kami minum nescafe, x sampai 15 minit we felt so sleepy. ok, sempatlah study for 10 minutes i guess.. then we ended up sleep.
since that, memang tak minum nescafe la malam. people said that nescafe boleh buat kita segar but for me it vice versa.. memang tak jalan ^^

ok, back to story. actually what i just remember here is setiap kali exam, tak kisah la kat dalam dewan ke, dalam kelas ke.. not only me, but i think most of students ada habit tersendiri...
you know, the technique in how they want to memorize it..

time paper add maths form 4 and form 5, macam-macam habit yang ada..
yang girls, tudung tu kalau tak terkelepet, senget-benget memang tak sah bila jawab add maths..
boys, looking around, tangan tongkat dagu, playing with their hair..hehe

paper bm, most of them including me banyak termenung memikirkan idea. end of bm's paper, akan terkeluarlah ayat klise "time exam ni la idea selalu tak datang..." ...

campus moment, exam every semester especially paper anatomy and exercise therapy..
bila 1 to 2 row diduduki oleh student physiotherapy, memang banyak sangat movement. ye la, 1st sem everoyone nak score. kalau anatomy boleh dikatakan if soalan berkaitan shoulder, every region of shoulder nak dipegang, nak disentuh. kalau boleh inner structure yang tak nampak tu pun rasa nak pegang..hehe

paper exercise therapy aka ET, every movement kami buat daalam exam hall. tak peduli dah orang nak pandang atau tak.. sampai pernah 1 of our classmates kena tegur dengan invigilators sebab kata kami meniru but then lecturer bagitau kami tak meniru pun, we were just doing some movement.. ramai invigilators from course lain ketawa je tengok kami. siap ada yang kata kami macam menari pula ^^
ohh sir, memang tak la kami menari time exam macam tu..

sometimes it too much and sometimes it too less. ada juga yang memang tak menunjukkan apa-apa reaction time exam. steady je jawab..hehehe
but semua tu adalah diri masing-masing. we just never know what we did during exam. never planned about it too. such a involuntary action ^^. dalam fikiran nak selesaikan exam dengan baik after study dengan bersungguh-sungguh. then, tawakal and live it to Him...

kenangan terpahat di ingatan (^.^)

desk-mates, study-mates, dorm-mates, best friend 

picture : credit to aela syroz

Feb 15, 2012

Du'a for Syria

Assalamualaikum..

akhir-akhir nie banyak yang perkatakan tentang Syria.. maaf amal katakan yang amal agak slow sikit few weeks nie..huhu
baca orang post pasal syria dekat fb..
takkan pulak nak main belasah je post. tak tahu apa-apa, ternganga pula bila orang tanya..
not good at all attitude tersebut..!!
buka blog then nampak sis Amalina Peter posted pasal Syria.. apalagi, untuk pemahaman diri teruslah dibaca..

copy from her blog :

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)


barulah amal faham apa yang berlaku sebenarnya...

Alhamdulillah dan bersyukurlah pada kita-kita ni yang dilahirkan dan tinggal di Malaysia. mereka di sana bergadai nyawa bermati-matian nak menyelamatkan agama, kita di sini kadang kala tak reti nak bersyukur dengan kehidupan yang selesa Allah bagi pada kita...

petikan kata daripada sis Amalina :

Kejayaan kita di dunia adalah demi Islam. Islam is a brand. And I have to be a successful product of ISLAM. Anda pula bagaimana?

tepuk dada tanya iman..

Lets pray together for Syria




Feb 10, 2012

Khilaf pada Masa...

Assalamualaikum...

Masa berlalu dengan pantas samada kita sedari mahu pun tidak...sering kita minta dan pohon masa itu supaya berlalu dengan perlahan, berlalu seperti yang kita kehendaki, berlalu seperti perancangan kita..
namun...
Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui..
Dia tidak jadikan masa itu kurang dan Dia tidak jadikan masa itu lebih...
cukup 24 jam Allah berikan kepada kita..cuma kita sahaja yang tidak tahu menggunakan masa yang diberikan oleh Allah sebaik mungkin...

di dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang masa. Surah Al-'Asr : ayat 1 - 3 yang bermaksud :

" Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

surah ini menerangkan tentang betapa ruginya manusia itu jika masa yang diberikan oleh Allah SWT tidak digunakan untuk beramal soleh di jalan yang diredhai-Nya, tidak menggunakan masa yang diberi ke arah kebaikan, ke arah kebajikan dan perkara yang tidak bertentangan dengan agama-Nya..
kadang kita sering mengeluh dan berkata :

" ish, kenapalah tak cukup masa ni ", " laa, tak sempat la nak siapkan assignment ni..!! " , "apasal la pendek je waktunya ni ?? "...

dan macam-macam lagilah yang keluar dari mulut kita ini.. Ya Allah, berdosanya kita dek selalu menyalahi masa yang Allah SWT berikan...

masa itu indah, masa itu cantik..
ia akan jadi lebih cantik dan lebih indah jika digunakan ke arah untuk mendapatkan redha-Nya...
sungguh kita sebagai hamba leka dan alpa...
taksub dengan dunia yang mewah, seronok dengan harta benda..
yang sepatutnya digunakan ke jalan yang lebih baik..
iaitu di jalan yang penuh redha-Nya...
Allahuakbar.. Allah Maha Besar...

Almost Five Months..

Assalamualaikum...

sedar tak sedar almost 5 months dah amal jadi tuition teacher for Maths and Add Maths..
Alhamdulillah, banyak amal belajar..
well, its not easy to be a teacher.. tu la, time study dulu selalu merungut bila cikgu ajar tak faham..huhu -.-
ye la, lain student lain caranya.. mungkin yang A advanced sikit dan yang B kurang sikit...
so, soft skill itu sangatlah penting...

plus, diletak dekat subjek yang tough bukan buat amal bangga, tapi buat amal kena berfikir secara kbkk...wahhh...!!!
aim amal bila masuk je class satu je.. macamana nak bagi diorang ni faham ?? so far alhamdulillah komen daripada diorang , maths become much more easier than before..
even sometimes they said they're giving up with maths, amal selalu pesan kat diorang.. don't ever give up in your life.. sebab kalau kita give up, bukan hanya orang x suka kita.. Tuhan pun tak suka hamba-Nya give up.
( i said God instead of Allah because all of my student are Chinese and Kristian )..

apa yang paling happy is diorang tak anggap pun amal as their teacher but as sister to them. Masyaallah mereka ini. walaupun berlainan agama, tapi hubungan sebagai kakak kepada mereka bagi sangat berharga and i really appreciate it ^^ thank you so much dear...

well, i think i will cry bila dah sampai waktunya..huhu. apa jadi pun, they still my student.. my brothers and sisters...

Feb 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...

Ya Rasulullah, sungguh engkau yang kami rindui....
Ya Rasulullah, sungguh engkau yang kami kasihi selepas Allah SWT...

engkau masih lagi menyebut tentang umatmu, iaitu kami di saat ajal menjemputmu. sedangkan kami masih lagi terumbang-ambing dan lupa dengan mu dek kerana tenggelam bersama keindahan duniawi..
sungguh kami khilaf...

tiap tahun kami menyambut kelahiranmu dengan penuh selawat ke atas mu dan seluruh keluarga..
semoga kami diberikan kesempatan untuk berbuat demikian pada masa akan datang..
Insyaallah..



Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: 

“Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
 
[ Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a ]



Nabi s.a.w bersabda: 


"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." 

[ Ibn Mas'ud r.a ]