Allah didn't bring you this far to leave you, He is trying to increase your faith..
to bless you with more in your life..
Losing hope towards HIM is a disaster, a MAJOR DISASTER.
Never let shaitan do it to you..
Daisypath Graduation tickers

Dec 31, 2011

Quick share 9...

Assalamualaikum...


sumber : facebook

Bersediakah untuk 2012...???

Assalamualaikum...

sedar tak sedar hari ni dah 31 disember 2011..tinggal tolak tambah bahagi darab lebih kurang 14 jam lebih je..semua busy buat azam tahun baru..
Amal...??? tak pernah langsung buat azam..hahaha...bukan tak nak buat tapi takut tak tercapai..sob..!! sob..!! punyalah takut sampai gitu... =P

tapi kali ni terasa nak buat azam atau sedap sikit resolusi tahun baru...memandangkan umur semakin meningkat ( Insyaallah jika dipanjangkan umur )...tapi hati kecil amal terfikir perkara yang lebih besar daripada azam tu...
tentang bersediakah amal nak menghadapi 2012 ni ???

bersediakah amal dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku samada pahit atau manis ???
bersediakan amal dengan kehilangan dan pertambahan ???
bersediakah amal dengan perubahan ???
bersediakah amal dengan semua itu ???

dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim, Insyaallah amal bersedia menghadapi semua itu dengan izin-Nya...sebagai manusia amal akan berusaha sebaik mungkin, sesungguh mungkin dan setelah itu berserah serta tawakal pada Yang Maha Esa...

ohh ya resolusi tahun 2012 amal..hmmm, ada dalam fikiran dah cuma seperti yang ditaip di atas tadi...amal bersedia menghadapi segalanya dengan izin Allah SWT...

gambar tiada kena mengena dengan resolusi..hehehe. sekadar hiasan sahaja (^_^)

Kuasa Penyembuhan milik Allah SWT

Assalamualaikum...

Before this amal ada tulis entry about my cousin yang excident during the day dia nak pergi amik result.
alhamdulillah she finally berjaya mengharungi moment-moment yang what people say "mendebarkan"...
go through 2 surgery, fever lagi ( takut infection ) and she's in external fixation aka tv3 ( thats what we call la time study dulu...hehe )...

Now she's slightly recover tapi based on bed ticket yang kawan amal studykan untuk amal, kinda serious jugak la..tapi itulah kuasa Allah SWT..Allah berhak menyembuhkan sesiapa sahaja dengan sekelip mata dengan izin-Nya dan sebaliknya juga...
jadi jangan ingat sakit itu satu bebanan kerana sakit itu kifarah dosa yakni penghapus dosa-dosa yang kita pernah lakukan dahulu...
Allah itu sayang pada kita cuma kita sebagai hamba-Nya kadang-kadang lebih sayangkan dunia dari-Nya...

Insyaallah she will be removing that external fixation on 4th January 2012...
Pray for her...
she's a fighter...

Dec 29, 2011

Gambaran Kiamat

Assalamualaikum...

Gambaran Hari Kiamat

...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004


- Perkongsian dari teman di facebook -

Dec 24, 2011

I'm sorry

Assalamualaikum...

Ya Allah, rasa sedih teramat sangat bila melihat keadaan cousin Amal baru lepas operation pagi tadi..
all over swollen..her face..her hands...her legs...
huhuhu...

Then the worst part is Amal tak dapat nak tunaikan permintaan cousin Amal tu untuk explain about her injuries exactly and apa yang x-ray tunjukkan...
I'm so sorry cik Yati..bukan tak nak tapi tak mampu nak berkata-kata nak minta permission daripada doctor tadi..huhuhu.

Insyaallah i will teach you a few exercises nanti...

Get well soon dear.....!!!

Dec 23, 2011

He is my brother

Assalamualaikum...

Already 23 Dec 2011. another 8 days to 2012..
and another few weeks juga la umur saya akan bertambah...
Insyaallah...

actually entry kali ni bukan nak story about umur, about 2012..
its about seseorang yang bagi amal penting dalam keluarga amal..dalam diri amal as well...
with him since kami kecil lagi and sangat-sangat rapat..
he is a man, a brother, a husband and a father now..
he is my dearest cousin abg alan or his full name is Saiful Khairie Azlan..
I don't have a brother so i made him my brother (^_^)

kami membesar sama-sama eventhough amal grow up in KL..
sebab family often balik perak, so consider as membesar sama-sama jugak lar...
bila balik kampung, kami akan bergaduh as usual and sampai ke tahap bertumbuk, bergusti..
tapi amal selau kalah sebab at the end abg alan akan terbalikkan badan amal (kaki atas kepala bawah)..so what i do...menjerit la nagis-nangis mintak dilepaskan..
and sampai sekarang ada satu perkataan yang lekat kat amal " SAKAI "...
geram tau kat dia ni.. tapi dengan dia la amal rapat...

kami berdua pun rapat dengan arwah atok...bila ada kat rumah nenek je, atok mesti panggil kami ajak sembang and kami selalu mengelak. bila pergi pun, kami minta duit kat atok..
jahat kan kami..hehehe
atok layan je kami..and selalu back-up kami bila kena marah dengan mama...
tapi, bila atok meninggal seminggu sebelum ramadhan 2006, perangai kami berubah...
bukan kami yang cakap, tapi makcik pakcik kami yang cakap...
kami jadi pendiam dan semakin pendiam...
tapi makcik-makcik cakap yang paling banyak perubahan amal la..sebab dulu time duduk hostel, arwah atok selalu datang bawa makanan dengan nenek naik motor...
waktu hari nak kebumikan arwah atok tu, itulah pertama kali kami menangis depan orang ramai...
kami ni digelar kanak-kanak yang hyperactive diantara sepupu sepapat...

abg alan kahwin last year with kak miza, orang perak juga tapi kenduri buat dekat klang..dekat rumah kakak kak miza...
first time tengok abg alan nervous...
kelakar betul and sempat dia minta rokok tapi kena marah dengan mama...dia gelak je.
part belah kami kat perak pulak, dia sampai agak lewat dengan rombongan pengantin perempuan dari klang..
sampai-sampai je dekat pelamin, dia boleh cakap dengan mama yang dia nak terus makan je..
habis dia kena marah dengan mama..orang kampung yang ada kat situ semua gelak dengan kerenah dia..
suka-suka hati dia ja..boleh pulak tengah bersanding duk tergelak-gelak..
hahaha...
bila part makan beradab, pengantin selalunya cover-cover..makan pun ala kadar je..
tapi dia memang selamba...makan macam biasa makan kat rumah...
yang best nya kak miza, wife dia pun sekepala dengan kami...

insyaallah kami akan berjumpa dan ber-reunion bersama family-family yang lain this weekend di Perak...
and just can't wait to see Mikael for the second time...
rindu pada mereka-mereka...

US in Pasir Salak

me with Saiful Khairie Mikael

he's adorable. he just 2 weeks old in this picture.
pity him, kena demam kuning.

the day he become a husband


see..!! told you before. pengantin yang selamba dia je.
Ya Allah, hanya pada-Mu aku memohon..peliharalah ukhwah kami Ya Allah di dunia dan akhirat..jadikanlah kami insan-insan yang soleh dan solehah..jadikanlah kami insan yang sentiasa menjadi-Mu sebagai tempat kami mengadu Ya Allah..peliharalah diri kami daripada kesesatan dunia Ya Allah...rahmatilah hidup kami serta kaum keluarga kami, keturunan kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami dan seluruh kamum muslimin dan muslimat..hanya pada-Mu kami memohon Ya Allah.
Amin ya rabbal alamin.

p/s - semoga perjalanan Amal dan keluarga ke Perak dipermudahan dan selamat..aminnn

Dec 22, 2011

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum...

Alhamdulillah cuaca baik walaupun hanya cuaca redup di sekitar johor.
Tengahari tadi Amal baru dapat info tentang nephew Amal, Ikhmal dan Amirul dapat 8A's in PMR..
Well done boys. Mak long Nina proud of you..

Namun ada berita yang agak mendukacitakan about Ikhmal and his family including my other niece, Ayna on the way diorang nak pergi SEMSAS.
Malang tidak berbau..
Mereka sekeluarga kemalangan pagi tadi di higway Gambang lepas RnR Gambang..
Ya Allah, waktu Amal dengan berita pasal diorang tadi terkejut sangat sebab baru lepas sembang dengan Ayna dekat facebook..
Call Ayna to know the whole story and Alhamdulillah tiada yang kritikal dan parah..
cuma Ayna dan Kak Yati ( ibu Ikhmal ) yang cedera kerana terseret di jalan memandangkan kereta yang dinaiki senget.

Kak Yati based on Ayna story, patah tangan and now she still in the OT..
Somehow I think that maybe the fracture agak teruk jugak..
Pasang plate and screw maybe..
or ORIF..
will call Ayna later to get the information..
Doa Amal agar mereka semua cepat sembuh..

Ikhmal with Farah
both my nephew and niece

cousins and nieces
Ayna berada di sebelah kiri Amal.

Dec 20, 2011

To think...

Assalamualaikum...

Islam is a school...
Dunia is a class...
We are student...
Quran is syllabus...
Muhammad SAW is a teacher...
Allah SWT is the examiner...
Qiamat is date of result...
Jannah is the best reward....

But do we realize about it ?
Ask yourself...

Dec 19, 2011

Buat bakal zauj ku

Assalamualaikum..


Kehadapan bakal zauj ku...
Saya di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang, namun janganlah awak bimbang. 
Saya di sini mampu menahannya kerana ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya melainkan apa yang hamba-Nya mampu.

Diharap awak pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa berada di bawah rahmat-Nya walau di mana jua awak berada.

Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu.
Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku. 



Maafkan saya andai selama ini saya leka dengan cinta dunia
Maafkan saya andai selama ini saya tak menjaga tatasusila
Maafkan saya andai selama ini saya tak mensiakan cinta-Nya
Maafkan saya andai selama ini saya tak ingat pada-Nya



Saya serba kekurangan, diharap awak boleh melengkapkannya.
Saya bukan jelitawan, diharap awak mampu menerimanya
Saya bukan cendikiawan, diharap awak mampu membimbingnya
Saya bukan hartawan, diharap awak sanggup bersama
Yang saya pinta bukan ketampananmu...
Yang saya damba bukan hartamu...
Yang saya mahu cuma imanmu...
Yang saya ingin hanyalah tauladanmu.Bimbinglah saya.



Tunjukkanlah saya. Saya tidaklah sepuitis awak untuk menulis bait-bait kata. 
Saya tidaklah sepetah awak dalam tiap bicara. 
Namun, yang pasti. Ianya ikhlas lahir dari hati. 
Saya harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak.
Di mana dan bagaimana..

Hanya Allah yang mengetahui


Ketika itu, Insyaallah saya dah bersedia. 
Saya yakin untuk mendampingi awak. 
Bukan hanya sebagai isteri kepada awak.
Tapi ibu untuk anak-anak kita..



Sebelum kita diijabkabulkan,
saya akan memberitahu satu rahsia, rahsia yang pahit untuk ditelan. 
Sukar untuk saya lupakan.
Setelah saya memberitahu rahsia itu. Saya redha jika awak pergi ...
Saya redha jika awak membenci kerana rahsia itu ..



Segalanya belum dimetrai...
Segalanya belum disaksi...
Saya pasrah jika itu terjadi...
Saya pasrah jika itu takdir diri...

Biarlah tangis sebelum janji dimetrai...
Bukannya setelah semuanya selesai...


Kerana...
Saya mencari siapa yang ikhlas menemani...
Saya mencari siapa yang sanggup memberi...
Saya mencari siapa yang mampu menerima...
Saya mencari siapa yang pasrah dan redha...

Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Saya akan berusaha membahagiakan awak...
Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah awak bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Saya doakan kebahagiaan awak..


Bermohonlah pada-Nya selalu..
Kerana cuma ALLAH yang mendengar isi hatimu...

Daripada bakal isterimu...

Dec 18, 2011

Natural Beauty...

Assalamualaikum...


" Cun la perempuan yang pakai make-up tu. Tak macam kawan dia yang sebelah tu, tak make-up. Dress up pulak tak up-to-dated dengan tudung labuh dia. Pakailah shawl macam kawan dia tu and make up sikit, barulah berseri. Ni tak, macam orang sakit je, " kata A.

" Kau ni, tak baik cakap macam tu. Biarlah dia nak pakai apa, asalkan dia selesa, " balas B.

Make-up and without make up. Well, its look like an issue nowadays.
Actually bagi Amal, make-up ni more on diri sendiri. If seseorang tu rasa bila pakai make-up can make her more confident, so just go for it. Bagi yang tak nak make-up, itu hak diorang. Siapa kita nak judge mereka. But apa yang Amal paham adalah make-up ini it can be lead to pelbagai perkara such as riak and also sebagai senjata syaitan laknatullah.

Why ? 
 Riak
contoh bila kita memuji seseorang itu cantik dan orang yang dipuji itu tidak dapat mengawal perasaan, maka akan timbul perasaan riak di dalam hatinya (bangga dengan kecantikannya)

Senjata syaitan laknatullah
kenapa Amal katakan senjata ? Sebab when you wear make-up, orang akan puji especially men. Bila lelaki memuji dan syaitan membisik pula pada mereka, maka akan terjadinya episod bayang-membayang, thinking if I get her and yang perempuan juga akan berasa bangga bila lelaki chasing them. And lead to maksiat and zina. Nauzubillah miinzalik...

Tudung labuh ? whats wrong with it ? Who are we to judge them ??
Seriously people, tiada yang salahnya dengan mereka yang bertudung labuh, tak pakai make-up...
Pandangan Amal, they wear like that because of tuntutan agama, suruhan dari Allah SWT.
They cover their area which is their aurat and they choose not to put on make up to avoid maksiat yet its comfortable for them..
So, whats wrong about it ...???

Personally Amal pun bukan seorang yang suka make-up. Make-up buat Amal rasa macam ada tepung melekat kat muka. Dulu time kanak-kanak riang ada la jugak pakai for event-event yang Amal join. But now, dah matang jadi keputusan telah diambil. Bukan untuk Amal bangga that I'm not wearing make up but I just don't want to make a sin. Not only to myself but also to others.

So, for me natural beauty is the best. Who said natural beauty itu tak cantik ? Ia cantik in its own way. 
Cantik itu anugerah Allah dan jika manusia itu sedar akan kecantikan yang Allah pinjamkan itu, akan dijaga sebaik mungkin.

Biarlah dia tak make-up, tak pakai shawl yang lawa-lawa.
Biarlah dia dengan baju-bajunya yang longgar, tudungnya yang labuh menutupi dada.
Kerana semua yang dilakukan itu kerana Allah dan untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Still and yet, natural beauty that given by Allah SWT is the best. 

p/s - bukan untuk merendah-rendahkan mereka yang pakai make-up, cuma ini sekadar pendapat Amal.


Quick share 8...

Assalamualaikum..

Hebatnya Hawa..

Assalamualaikum...

Hawa dicipta daripada tulang rusuk adam...
Ia tidak lurus dan jangan pernah meluruskannya..
Jika engkau meluruskannya, kelak ia akan patah...
Kerana yang bengkok itu adalah kedegilannya.

Hawa ini diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang hebat....

Tetapi..
Bukan hebat kerana pejal ototnya macam Mike Tyson...
Bukan hebat kerana lariannya seperti Norasheela, sprinter Malaysia...
Bukan hebat kerana lontaran bola bolingnya seperti Shalin Zulkifli...
Namun hawa itu hebat kerana kekuatan perasaannya...

Hawa yang hebat adalah :
- yang tahan menerima sebuah kehilangan
- yang tidak takut pada kemiskinan
- yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
- yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
- yang berdiri di atas teguh imannya 

Kehebatan yang ada pada isteri Rasulullah SAW iaitu Siti Khadijah adalah kehebatan yang sempurna bagi seorang hawa / wanita / perempuan




Decision because of Allah, you'll never regret it

Assalamualaikum...


Beyond a piece of glass

Setiap pilihan itu adalah di tangan kita. 
Kita berhak untuk memilih untuk melakukannya, berhak memilihnya ataupun tidak.
Not to mention setiap pilihan itu berisiko.
So people,  are you ready to pick it ??

Hmm, Amal selalu ingatkan diri Amal...
That every single choices I take and I made is because of HIM...
But ya sometimes kita sebagai manusia alpa dan leka dalam membuat sesuatu keputusan.
Amal admit yang kadang-kadang ada buat keputusan melulu, tak pikir panjang...
Rasa macam nak cepat je semua tapi itulah kan, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Bila kita ambil keputusan kerana Allah SWT, kita yakin itulah yang sebenar-benarnya.
For me, I never regret about decision I made..
Yang faham kenapa, Alhamdulillah la. Yang tak faham tu agak mencabar jugak la nak explained kenapa buat gitu...dan sebagainya...
Sebab Amal tahu, pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara tu.
Walaupun ada risiko yang menanti misalnya berhadapan dengan kemarahan ke, kekecewaan ke...
And guess what, ketenangan yang dirasa tu....
Masyaallah, tak tergambar dan tak tau nak describe macam mana kalau orang tanya..

So, kesimpulannya setiap keputusan yang dibuat kerana Allah SWT walaupun berisiko...
dijamin gerenti dan halal, Insyaallah ketenangan dan kebahagiaan akan muncul..
sebab kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT...
Choices is full of risk but made a decision because of Allah, you will never regret it.

p/s - Amal sangat salute kepada couple-couple yang berpisah because of Allah. Alhamdulillah.

Dec 14, 2011

Pesanan Saidina Umar Al Khattab r.a

Assalamualaikum....

Saidina Umar Al Khattab r.a pernah berpesan :

  • Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
  • Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
  • Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
  • Orang yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan turut terjaga 

Setiap pesan beliau, ada maksud yang tersirat. 
Tidak salah diamalkan di dalam diri kerana ia akan membawa kebaikan yang tidak terhingga.

Soalan dan Jawapan...

Assalamualaikum...

SOALAN PALING SUSAH

Cuba jawab soalan2 dibawah dan bandingkan.

Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?

Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?

Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....

Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?

Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran
?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

Muhasabah dan renungan bersama...



" Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu...namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu...Wahai Tuhan, selamatkan kami ini...dari segala kejahatan dan kecelakaan...kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu.


Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertakwa...ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa seluruh umat islam Ya Allah samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...hanya pada-Mu kami meminta dan memohon Ya Allah...sesungguhnya, kami adalah hamba-hamba-Mu yang  lemah "...